Cuaca Sejuk Mengujakan Kami

Cuaca Sejuk Mengujakan Kami - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cuaca Sejuk Mengujakan Kami, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cuaca Sejuk Mengujakan Kami
link : Cuaca Sejuk Mengujakan Kami

Baca juga


Cuaca Sejuk Mengujakan Kami


KUALA PILAH: Keadaan yang lembab diikuti dengan cuaca sejuk daripada biasa hingga mencecah 21 darjah Celsius telah direkodkan di daerah ini dan turut mencetuskan fenomena baru bagi penduduk yang mengakui tidak pernah merasai suasana sedemikian sebelum ini.

Keadaan yang agak mengujakan itu telah menyebabkan sebahagian daripada mereka, terutamanya kanak-kanak mengenakan pakaian yang tebal pada waktu pagi dan malam walaupun ketika mereka berada di dalam rumah.

Menurut seorang guru, fenomena berkenaan dipercayai agak luar biasa bagi penduduk di daerah berkenaan yang sudah biasa dengan cuaca panas.

"Cuaca sejuk memang pernah berlaku di daerah ini dua tahun lalu berpunca daripada tempias tiupan angin luruan disebabkan tekanan tinggi di China."

"Bagaimanapun, ketika itu suhu tidak sejuk seperti kali ini yang diikuti hujan tanpa henti. Saya mengarahkan semua ahli keluarga memakai pakaian tebal dan menggunakan selimut ketika tidur," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, anak lelaki kepada guru terbabit iaitu Muhamad Airiel Hakeem, 18, berkata suasana sejuk ini membuatkan dia seperti berada di Cameron Highlands.

"Kami pernah beberapa kali pergi ke Cameron Highlands dan suka dengan cuaca serta suhu di tanah tinggi itu. Justeru, kami gembira kerana suasana sedemikian dirasai di Batu Kikir," katanya.

Jabatan Meteorologi semalam telah mengesahkan beberapa kawasan terutamanya di selatan Semenanjung akan mengalami penurunan suhu dengan Kuala Pilah merekodkan paling rendah iaitu 21 darjah Celsius sejak tengah malam hingga awal pagi.

Berdasarkan laporan oleh Pengarah Meteorologi Negeri Sembilan, cuaca sejuk itu dijangka akan kembali seperti biasa bermula hari ini.

Tambahnya lagi, sejak tujuh hari yang lalu, suhu maksimum telah direkodkan di daerah ini adalah 29 darjah Celsius manakala suhu terendah adalah 21 darjah Celsius. Sumber: Berita Harian, Editor: Amira


Demikianlah Artikel Cuaca Sejuk Mengujakan Kami

Sekianlah artikel Cuaca Sejuk Mengujakan Kami kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cuaca Sejuk Mengujakan Kami dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/cuaca-sejuk-mengujakan-kami.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :