Judul : Cinta Terlarang, Cuba Bom Ibu Bapa
link : Cinta Terlarang, Cuba Bom Ibu Bapa
Cinta Terlarang, Cuba Bom Ibu Bapa
BIRMINGHAM: Seorang bakal penuntut universiti tergamak merancang untuk membunuh ibu bapanya sendiri dengan bom kereta yang dibelinya dari 'Dark Web' gara-gara cintanya dihalang keluarga.
Suspek iaitu Gurtej Singh Randhawa, 19, yang berasal dari Wolverhampton dikatakan kecewa dengan ibu bapanya yang tidak membenarkannya untuk bercinta dengan gadis yang berkulit putih.
Walaubagaimanapun,cubaan suspek itu berjaya digagalkan oleh ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang telah menyamar sebagai penjual bom di laman web yang dikenali sebagai Alpha Bay.
Sebelum membuat penghantaran kepada suspek, mereka dikatakan telah menggantikan bom yang dipesan itu dengan alat peranti tiruan dan akhirnya suspek berjaya ditahan sebaik sahaja barang tersebut diterimanya.
Suspek yang merupakan pelajar A-Level itu yang dihadapkan ke mahkamah pada November lalu, telah dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun oleh Mahkamah Crown Birmingham semalam.
Hal ini kerana, suspek didakwa memiliki bahan letupan dan juga turut berniat jahat untuk membahayakan nyawa atau menyebabkan kecederaan serius.
Dua wanita yang berusia 45 dan 18 tahun juga turut ditahan namun mereka telah dilepaskan tanpa tindakan lanjut.
Gurtej yang juga merupakan bekas pelajar di Wolverhampton Grammar School itu dikatakan sudah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Liverpool. Sumber: My Metro, Editor: Amira
Demikianlah Artikel Cinta Terlarang, Cuba Bom Ibu Bapa
Sekianlah artikel Cinta Terlarang, Cuba Bom Ibu Bapa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cinta Terlarang, Cuba Bom Ibu Bapa dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/cinta-terlarang-cuba-bom-ibu-bapa_13.html