Judul : Bekas Model Bunuh Diri Akibat Tidak Tahan Menjadi Mangsa Buli
link : Bekas Model Bunuh Diri Akibat Tidak Tahan Menjadi Mangsa Buli
Bekas Model Bunuh Diri Akibat Tidak Tahan Menjadi Mangsa Buli
KATHERINE,Australia - Seorang remaja perempuan membunuh diri akibat tidak tahan kerana dirinya dibuli di alam siber.
Keluarga mangsa yang kecewa atas kehilangan anak perempuannya menjemput pembuli-pembuli siber menghadiri pengebumian remaja tersebut.
Menurut Agensi yang dipetik dari Kosmo, Amy Everett atau Dolly, 14 yang pernah bekerja sebagai model bagi jenama topi terkenal Akubra membunuh diri kerana tidak tahan menjadi mangsa buli siber pada 3 Januari lalu.
Berikutan kematian gadis tersebut, keluarganya yang berasal dari Katherine di Wilayah Utara Australia menyalahkan pembuli siber.
Bapa kepada gadis itu, Tick Everett bersumpah akan berkempen bagi meningkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai kesan bahaya membuli di alam siber sehingga menyebabkan mereka kehilangan anak perempuan.
“Pertama sekali jika ada yang berfikir jenaka dengan membuli dan mengganggu orang lain itu baik bagi mereka, lihatlah apa kesan yang telah berlaku. Sila datang dan lihat kehancuran sepenuhnya yang anda lakukan,” katanya. Editor:Farhana
Demikianlah Artikel Bekas Model Bunuh Diri Akibat Tidak Tahan Menjadi Mangsa Buli
Sekianlah artikel Bekas Model Bunuh Diri Akibat Tidak Tahan Menjadi Mangsa Buli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bekas Model Bunuh Diri Akibat Tidak Tahan Menjadi Mangsa Buli dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/bekas-model-bunuh-diri-akibat-tidak.html