Bayi Ditemui Dalam Beg Di Rumah Anak Yatim

Bayi Ditemui Dalam Beg Di Rumah Anak Yatim - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bayi Ditemui Dalam Beg Di Rumah Anak Yatim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bayi Ditemui Dalam Beg Di Rumah Anak Yatim
link : Bayi Ditemui Dalam Beg Di Rumah Anak Yatim

Baca juga


Bayi Ditemui Dalam Beg Di Rumah Anak Yatim


LUMUT - Seorang bayi lelaki berusia empat hari ditemui ditinggalkan berdekatan Rumah Anak Yatim Haruman Kasih, Batu 17 Ayer Tawar di sini hari ini, 12 Januari.

Orang awam menjumpai bayi tersebut pada pukul 7 pagi dan melaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut.

Ketika ditemui, Mohd Hanif berkata bayi tersebut diletakkan didalam sebuah beg berwarna hitam dengan logo Body Glove serta dibalut dengan sehelai tuala warna putih biru.

"Bayi tersebut berada dalam keadaan stabil dan telah dihantar ke Hospital Seri Manjung bagi tujuan pemeriksaan lanjut.

"Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah dimaklumkan untuk bantuan," katanya.

Kesalahan membuang bayi boleh dikenakan penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Katanya, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan mereka yang terbabit dalam kes berkenaan.

Orang ramai boleh menghubungi pihak Ibu Pejabat Daerah (IPD) Manjung jika mempunyai sebarang maklumat di talian 05-6886222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Suthan di talian 014-9048081. Sumber:Utusan Online , Editor:Farhana


Demikianlah Artikel Bayi Ditemui Dalam Beg Di Rumah Anak Yatim

Sekianlah artikel Bayi Ditemui Dalam Beg Di Rumah Anak Yatim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bayi Ditemui Dalam Beg Di Rumah Anak Yatim dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/bayi-ditemui-dalam-beg-di-rumah-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :