Judul : Bapa Tanam Anak Hidup-Hidup
link : Bapa Tanam Anak Hidup-Hidup
Bapa Tanam Anak Hidup-Hidup
SUMATERA UTARA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun telah menjadi mangsa penderaan ibu dan bapa tirinya sendiri di Padang Lawas Utara (Paluta), Sumatera Utara.
Kanak- kanak tersebut dipercayai telah ditanam hidup-hidup oleh orang tuanya selepas tercetus sahaja pergaduhan dan kini dia sedang menerima rawatan secara intensif di sebuah hospital di kawasan itu.
Dalam pada masa yang sama, pihak polis melaporkan bahawa bapa mangsa kini masih lagi diburu oleh polis tempatan.
Sementara itu, mangsa dikatakan mengalami trauma yang sangat teruk.
Mangsa juga dipercayai menangis tanpa henti apabila bertemu dengan sesiapa sahaja, terutamanya orang yang dia tidak kenali.
Difahamkan, insiden terbabit bermula selepas mangsa di dera beberapa kali oleh ibu bapanya sendiri sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan yang parah.
Sehinggalah pada suatu hari, ibu bapanya terus menanam mangsa selepas puas menderanya.
Jiran mereka yang mendengar tangisan dan keganasan yang dilakukan oleh bapa tiri mangsa mula memanggil penyiasat dan pihak polis untuk menyelesaikan kes itu.
Kes ini akan disiasat sebaik sahaja pihak berkuasa berjaya menangkap suspek. Editor: Amira
Demikianlah Artikel Bapa Tanam Anak Hidup-Hidup
Sekianlah artikel Bapa Tanam Anak Hidup-Hidup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bapa Tanam Anak Hidup-Hidup dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/bapa-tanam-anak-hidup-hidup.html