Judul : Bapa Sanggup Rentap Dara Anak Sendiri
link : Bapa Sanggup Rentap Dara Anak Sendiri
Bapa Sanggup Rentap Dara Anak Sendiri
RUSIA: Sepasang suami isteri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol anak perempuan mereka sendiri, yang berusia 12 tahun.
Pasangan terbabit didakwa selepas mereka ditangkap atas kesalahan pedofilia iaitu selepas memaksa mangsa untuk menjadi ‘hamba seks’ mereka.
Dalam pada masa yang sama, suspek juga turut didakwa melakukan gangguan seksual secara berterusan terhadap mangsa iaitu antara Disember 2016 dan Mac 2017.
Menurut laporan daripada The Daily Mail, ayah mangsa, yang identitinya tidak didedahkan, dituduh merogol anaknya sendiri dan pada kebiasaannya, isterinya akan berada di katil yang sama.
Ibu mangsa juga turut didakwa kerana melakukan penderaan seksual termasuk memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa.
Berdasarkan pengakuan daripada ibu mangsa, dia juga memberitahu bahawa dia sendiri pernah dirogol sejak berusia 13 tahun.
Disebabkan oleh perkara itu, pasangan itu bersetuju “untuk melatih anak perempuan mereka lebih awal mengenai hubungan seksual,” katanya kepada pihak polis.
"Biar dia hilang dara kepada ayahnya daripada orang gila lain," ibu mangsa memberikan alasan.
Kes penderaan seksual terhadap anaknya berjaya dibongkarkan apabila mangsa berjumpa dengan doktor untuk bertanya mengenai ‘masalah haid’.
Namun, hasil pemeriksaan doktor mendapati bahawa mangsa sudah ‘kehilangan dara’.
Sebaik sahaja selesai rawatan, doktor tersebut terus melaporkan hal ini kepada pihak penyiasat berkenaan kes penderaan seksual mangsa.
Ketika disoal siasat pihak berkuasa, tertuduh didakwa mengakui semua penderaan yang mereka lakukan terhadap mangsa.
Selain itu, tertuduh juga pernah memaksa mangsa tidur sekatil sebelum melakukan hubungan seksual.
Lebih teruk lagi adalah mangsa dipaksa melakukan hubungan seksual secara bertiga atau beramai-ramai.
Dalam pada itu, ahli keluarga yang lain seperti nenek mangsa juga dipercayai tinggal bersama tetapi dia langsung tidak mengetahui mengenai kes terbabit.
Ibu bapa mangsa, yang berumur 34 tahun itu di reman dan sekarang berada dibawah jagaan di Volgograd.
Pihak polis juga turut memberitahu bahawa kedua-dua suspek bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 20 tahun jika disabitkan kesalahan.
Daily Mail juga turut melaporkan bahawa tertuduh telah dilucutkan hak ibu bapa dan hak penjagaan terhadap mangsa. Sumber: Astro Awani, Editor: Amira
Demikianlah Artikel Bapa Sanggup Rentap Dara Anak Sendiri
Sekianlah artikel Bapa Sanggup Rentap Dara Anak Sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bapa Sanggup Rentap Dara Anak Sendiri dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/bapa-sanggup-rentap-dara-anak-sendiri_18.html