Bakal Pengantin Dihukum Sebat Akibat Terlalu "Dekat"

Bakal Pengantin Dihukum Sebat Akibat Terlalu "Dekat" - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bakal Pengantin Dihukum Sebat Akibat Terlalu "Dekat", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bakal Pengantin Dihukum Sebat Akibat Terlalu "Dekat"
link : Bakal Pengantin Dihukum Sebat Akibat Terlalu "Dekat"

Baca juga


Bakal Pengantin Dihukum Sebat Akibat Terlalu "Dekat"



Seorang wanita dihukum rotan di hadapan masyarakat umum kerana mengingkari hukum Syariah di Bandar Acheh, Indonesia. (Gambar: REX/Shutterstock)

Wanita itu dan pasangannya dirotan di hadapan umum kerana dipercayai berasmara, iaitu beberapa hari sebelum majlis perkahwinan mereka.

Hukuman ini dijalankan di hadapan umum di mana ianya ditonton oleh ribuan rakyat di Acheh, Indonesia.

Berasmara di antara lelaki dan juga wanita dilihat sebagai salah satu langkah ke arah seks sebelum kahwin yang mana ianya sangatlah bertentangan dengan Undang-Undang Syariah dan sebagai balasannya pasangan tersebut menerima 20 hukuman rotan di hadapan orang ramai.

Pasangan terbabit adalah antara kumpulan yang dibawa untuk menerima hukuman di hadapan orang ramai di atas pentas khas di luar masjid pada setiap hari Jumaat.



Wanita tersebut disabitkan kesalahan dan hukum dirotan kerana berasmara dengan pasangannya sebelum majlis perkahwinan.



Lelaki Acheh diiringi oleh pihak berkuasa untuk menerima hukuman rotan di hadapan penonton kerana melanggar undang-undang Islam. (Gambar: REX/Shutterstock)

Lelaki Indonesia dipercayai beragama Kristian juga turut dikenakan hukuman kerana menjual arak di kawasan Bandar Acheh.

Undang-undang Islam sangatlah melarang penjualan arak dan Jono Simbolon telah ditangkap oleh pihak berkuasa pada bulan Oktober yang lalu dan dia dijatuhkan hukuman rotan sebanyak 36 kali.

Pihak berkuasa yang dilihat memakai penutup muka dilihat merotan belakangnya dengan menggunakan kayu khas dan turut kelihatan lelaki terbabit cuba menahan kesakitan.


Jono Simbolon, seorang lelaki Kristian yang sedang diiringi keluar. (Gambar: AFP)



Dia diletakkan di atas pentas khas di mana dia akan menerima hukuman kerana menjual arak. (Gambar: AFP)



Simbolon dilihat sedang menahan sakit apabila dia dirotan. (Gambar: AFP)

Selepas menerima 10 sebatan, seorang doktor dibawa untuk memeriksa keadaan Simbolon tetapi dia tetap mahu meneruskan hukuman tersebut.

Simbolon merupakan lelaki bukan Islam yang ketiga yang dihukum di hadapan khalayak ramai sejak Acheh mula mengamalkan hukuman Islam yang bermula pada tahun 2001 dan hanya Indonesia sahaja yang berbuat sedemikian.

Menurut Datuk Bandar Acheh iaitu Aminullah Usman: “Ini adalah komitmen kerajaan untuk mengamalkan undang-undang Islam.”


Difahamkan, sepuluh orang penduduk Acheh dikenakan hukuman di antara 5 ke 40 kali hukuman rotan kerana kesalahan berasmara, meminum arak dan juga berjudi. (Gambar: REX/Shutterstock)



Jumlah hukuman rotan yang dijalankan adalah bermula dari 2 hingga ke 36 kali rotan. (Gambar: Barcroft Media)

“Jikalau sesiapa melihat kemungkaran berlaku segeralah laporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa dan kami akan menjalankan hukuman seperti hari ini.”

Difahamkan, sebanyak 98 peratus daripada 5 juta penduduk adalah umat Islam dan tertakluk kepada hukum Syariah.

Kebanyakan daripada mereka melakukan pelbagai kesalahan termasuk perjudian, minum alkohol, seks, gay atau hubungan seksual di luar perkahwinan. Sumber: Mirror.co.uk , Editor: Amira 


Demikianlah Artikel Bakal Pengantin Dihukum Sebat Akibat Terlalu "Dekat"

Sekianlah artikel Bakal Pengantin Dihukum Sebat Akibat Terlalu "Dekat" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bakal Pengantin Dihukum Sebat Akibat Terlalu "Dekat" dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/bakal-pengantin-dihukum-sebat-akibat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :