Judul : Ayah Mengaku Tak Bersalah Rogol Anak Gadis Berusia 13 Tahun
link : Ayah Mengaku Tak Bersalah Rogol Anak Gadis Berusia 13 Tahun
Ayah Mengaku Tak Bersalah Rogol Anak Gadis Berusia 13 Tahun
Tertuduh pertama berusia 49 tahun yang hanya berkain pelikat dan berbaju kemeja T warna merah berdepan dengan dua pertuduhan manakala tertuduh kedua berusia 59 tahun yang berkemeja T warna jingga dan berketayap putih pula dihadapkan dengan satu pertuduhan jenayah seksual berkenaan.
Sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Tertuduh pertama didakwa atas tuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 13 tahun di rumah di Sik pada 20 Disember tahun lalu pada 10 malam manakala pertuduhan kedua dia didakwa meletak dan menggosok kemaluannya pada kemaluan anak kandungnya yang berusia 13 tahun di rumah yang sama pada 22 Disember tahun lalu pada 9 malam.
Tertuduh kedua pula didakwa melakukan persetubuhan dengan anak kandungnya yang berusia 14 tahun di rumah di Kuala Ketil, Baling pada 21 Disember tahun lalu, 1 pagi.
Bagi pertuduhan pertama itu, tertuduh pertama dan kedua didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih daripada 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Tertuduh pertama juga turut berdepan dakwaan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 untuk pertuduhan kedua yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat.
Timbalan Pendakwa Raya, Savinder Singh mewakili prosiding pendakwaan manakala kedua-dua tertuduh tiada peguam yang mewakili mereka.
Tarikh sebutan semula kes berkenaan dilakukan pada 6 Februari hadapan Februari hadapan untuk tertuduh pertama manakala 5 Februari hadapan bagi tertuduh kedua untuk lantikan peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan diperintahkan oleh Priscilla.bagi tertuduh kedua untuk lantikan peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Mahkamah tidak dibenarkan mengikat jamin kerana mengambil kira keselamatan saksi yang tinggal serumah dengan tertuduh. Sumber:Berita Harian , Editor:Farhana
Demikianlah Artikel Ayah Mengaku Tak Bersalah Rogol Anak Gadis Berusia 13 Tahun
Sekianlah artikel Ayah Mengaku Tak Bersalah Rogol Anak Gadis Berusia 13 Tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ayah Mengaku Tak Bersalah Rogol Anak Gadis Berusia 13 Tahun dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/ayah-mengaku-tak-bersalah-rogol-anak.html