Judul : Ayah Berusaha Sihat Untuk Anak Yang Bakal Lahir
link : Ayah Berusaha Sihat Untuk Anak Yang Bakal Lahir
Ayah Berusaha Sihat Untuk Anak Yang Bakal Lahir
CHINA - Seorang suami yang bakal menimang cahaya mata telah memutuskan untuk menyambut kelahiran anaknya dengan cara yang luar biasa yang turut disertai oleh isteri, ibu dan ayahnya.
Bukan wanita yang hamil sahaja yang mengalami berat badan naik malah lelaki juga sama.
Disebabkan itu, Jesse yang juga bekerja sebagai jurugambar itu telah menunjukkan gambar-gambar sebelum dan selepas transformasi mereka sekeluarga dalam tempoh enam bulan.
Difahamkan, dia telah memutuskan untuk bersenam setelah melihat pinggangnya yang semakin meningkat ketika dia dan isterinya bersedia untuk menimang cahaya matanya pertama pada tahun lepas.
Lelaki yang berusia 32 tahun itu telah mengajak satu keluarganya iaitu isteri, ibu dan ayahnya untuk mulakan penurunan berat badan daripada pergi berseorangan.
Ibu Jesse dikatakan telah berpindah bersama anak lelaki dan menantunya untuk membantu bayi yang bakal lahir dan bapanya juga datang untuk memperkuatkan ikatan antara tiga generasi itu.
Sementara itu, ayah Jesse pula dikatakan mempunyai masalah alkohol jadi Jesse fikir program penurunan berat badan ini boleh membantu dia mendapatkan kembali semangatnya untuk hidup.
Pada awalnya, mereka hanya bermula dengan berjalan kemudiannya berjoging sebelum bermain gim.
Jesse yang merupakan jurugambar dari Xiamen, China memantau perkembangannya dengan mengambil gambar setiap 10 hari.
Dia telah merancang program itu dari 10 Mac hingga 30 September namun sehingga kini ia menjadi rutin harian hidup.
Pada masa itu, pasangan itu telah menyambut kelahiran bayi lelakinya, Johnny pada Mei 2017.
Jesse telah memuat naik perkembangannya melalui akaun laman Instagramnya dan hasilnya sangat menakjubkan.
Setiap anggota keluarga telah menjalani transformasi yang luar biasa tetapi hasil yang paling memuaskan adalah melihat bapanya berkembang dengan penuh berkeyakinan, kata Jesse. Sumber: Daily Mirror. Editor: Atila Atasha.
Demikianlah Artikel Ayah Berusaha Sihat Untuk Anak Yang Bakal Lahir
Sekianlah artikel Ayah Berusaha Sihat Untuk Anak Yang Bakal Lahir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ayah Berusaha Sihat Untuk Anak Yang Bakal Lahir dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/ayah-berusaha-sihat-untuk-anak-yang_5.html