Judul : Apa Motif Ibu Bapa Viralkan Video Memperjudikan Nyawa Anak Seberang Jambatan Runtuh?
link : Apa Motif Ibu Bapa Viralkan Video Memperjudikan Nyawa Anak Seberang Jambatan Runtuh?
Apa Motif Ibu Bapa Viralkan Video Memperjudikan Nyawa Anak Seberang Jambatan Runtuh?
Video di atas yang dimuat naik ke media sosial Facebook oleh Ibu pelajar berkenaan, yang menunjukkan seorang bapa sedang menuntun anaknya melalui sebatang jambatan yang rosak. Dalam klip tersebut jelas menunjukkan hanya seorang bapa dan anaknya melalui jambatan tersebut dengan air sungai deras di bawah jambatan itu.
Dalam klip tersebut, perakam tidak menjelaskan mengapa beliau dan suami mengambil risiko membahayakan nyawa anaknya. Adakah beliau memang mahu mencari viraliti hanya untuk memburukkan Kerajaan sedangkan hakikat jalan alternatif sudah disediakan kerajaan walaupun sejauh 3 km.
Ekoran isu Jambatan Gantung Kg Pamah Aur Daerah Lipis yg tular pagi tadi sebenarnya kerja sebutharga telahpun dipanggil oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Lipis untuk dimulakan pada 08/01/2018 dan dijadualkan siap pada 18/03/2018 melalui surat bertarikh 21/12/2017. Kerja dijadualkan mula 08/01/2018 disebabkan bulan Disember adalah musim hujan. Apapun kontraktor telahpun diarahkan mula kerja serta merta dgn seliaan JKR Lipis.
JKR prihatin akan isu tersebut dan akan berusaha menyegerakan pembinaan jambatan gantung tersebut. Penduduk diminta bersabar dan guna jalan alternatif sepanjang 3 km untuk urusan harian buat sementara waktu.
Sebentar tadi, ibu bapa pelajar berkenaan telahpun meminta maaf di atas kekhilafan dan salah faham mengenai isu itu setelah mereka berdua dilawati oleh ADUN Lipis.
Demikianlah Artikel Apa Motif Ibu Bapa Viralkan Video Memperjudikan Nyawa Anak Seberang Jambatan Runtuh?
Sekianlah artikel Apa Motif Ibu Bapa Viralkan Video Memperjudikan Nyawa Anak Seberang Jambatan Runtuh? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apa Motif Ibu Bapa Viralkan Video Memperjudikan Nyawa Anak Seberang Jambatan Runtuh? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/apa-motif-ibu-bapa-viralkan-video.html