Judul : Apa Masalah Graduan Jual Nasi Lemak Dan Pandu Grab Wahai @chedetofficial
link : Apa Masalah Graduan Jual Nasi Lemak Dan Pandu Grab Wahai @chedetofficial
Apa Masalah Graduan Jual Nasi Lemak Dan Pandu Grab Wahai @chedetofficial
Minggu lepas, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan mempertahankan kenyataan beliau mengatakan Melayu adalah pemalas. Dipetik Malaysiakini, baca di sini, Tun Dr Mahathir berkata,
Saya tidak pernah hendak tipu diri. Kalau malas, saya kata malas. Kalau orang tidak suka, tidak sukalah.
Dalam pada itu juga, mana-mana pekerja Melayu yang bekerja di kedai roti miliknya, The Loaf sudah boleh menghantar notis berhenti memandangkan beliau menuduh pekerja-pekerja Melayunya mencuri duit. Kata beliau,
Sekarang ini saya ada kedai roti. Saya hendak kata terus terang, saya amat malu kerana di antara pekerja Melayu, Cina atau Myanmar atau mana-mana, pekerja Melayu kadang-kadang kalau tengok duit, dia lupa, dia tak jujur. Dia nampak duit, kalau boleh sapu, dia sapu. Saya kena buang banyak orang Melayu kerana sikap ini. Orang Cina tidak begini. Kita orang Islam. Kita tahu apa makna amanah, apa makna ikhlas. Kalau kita janji buat kerja betul, kita kena buat.
Kita faham Tun Dr Mahathir bukan Melayu tulen. Namun, itu tidak bermakna beliau boleh menghina Melayu sesuka hati. Hari ini, sekali lagi beliau menghina graduan yang menjual nasi lemak dan bekerja sebagai pemandu Grab. Hinakah kedua-dua pekerjaan tersebut.
Kita ambil contoh peniaga Nasi Lemak Anak Dara, Siti Hajar Ahmad yang memiliki Ijazah Kejuruteraan Elektronik yang mahu menceburi bidang perniagaan. Baca di sini. Hinakah tindakan beliau di mata Negarawan yang Jutawan?
Apa salahnya graduan-graduan apabila tamat pengajian mereka menceburi dalam bidang perniagaan dan bekerja sebagai pemandu Grab sebelum mendapat kerja yang lebih terjamin. Mereka bukanlah anak-anak dan cucu-cucu Tun Dr Mahathir yang dilahirkan bersama sudu perak (silver spoon) dan menjadi jutawan dan multi jutawan dalam sekelip mata.
Demikianlah Artikel Apa Masalah Graduan Jual Nasi Lemak Dan Pandu Grab Wahai @chedetofficial
Sekianlah artikel Apa Masalah Graduan Jual Nasi Lemak Dan Pandu Grab Wahai @chedetofficial kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apa Masalah Graduan Jual Nasi Lemak Dan Pandu Grab Wahai @chedetofficial dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/apa-masalah-graduan-jual-nasi-lemak-dan.html