Judul : Akibat Kehendak Batin Tidak Dilayan, Isteri Curang Dengan Suami
link : Akibat Kehendak Batin Tidak Dilayan, Isteri Curang Dengan Suami
Akibat Kehendak Batin Tidak Dilayan, Isteri Curang Dengan Suami
Ketika berada di dalam mahkamah, Ismail kelihatan seperti sedang gelisah sehingga kelibat ahli keluarganya datang menghampiri barulah riak wajahnya bertukar dan kelihatan gembira.
Di tangannya terdapat sepucuk surat tuntutan penceraian terhadap isterinya.
“Saya sudah tidak tahan dengan sikap isteri,ditambah pula dia mempunyai lelaki lain”
“Saya masih boleh memenuhi hasrat isteri dua atau tiga kali seminggu,tapi dia minta tiap malam,lelaki mana yang tahan” ujar ismail menceritakan kisahnya.
Ismail berkata isterinya itu memiliki keupayaan yang luar biasa selepas melakukan sukan bersama jiran-jirannya mulai tahun lalu, ditambah pula kerap mengamalkan jamu tradisional yang dibeli melalui media sosial.
Manakala Ismail tidak sempat untuk bersukan kerana setiap hari akan keluar pada waktu pagi untuk bekerja dan pulang ke rumah pada waktu petang.
Ismail berkata hanya boleh bertahan satu pusingan di ranjang.
“Dua pusingan boleh, tapi saya harus berusaha keras kerana kalau tidak dipenuhi isteri saya akan marah,” katanya.
Selain itu, penampilan isterinya juga berubah kerana dulu isterinya hanya berdandan ala kadar namun tetap cantik tetapi sekarang isterinya itu sudah mulai mencukur kening dan memakai bulu mata palsu.
Sementara itu, isterinya juga gemar memakai baju yang mengundang nafsu lelaki.
Kecurangan isteri Ismail terbongkar apabila mereka bertembung secara tidak sengaja di sebuah pasar raya.
“Ya saya melihat dia dengan lelaki lain,bahkan dia mengaku sudah tidur dengan lelaki itu dan apabila ditanya dia menyatakan bahawa saya tidak dapat memenuhi keperluan batinnya." kata Ismail
Berasa maruahnya tercalar,Ismail tiada pilihan lagi selain bercerai. Sumber:eBerita , Editor:Farhana
Demikianlah Artikel Akibat Kehendak Batin Tidak Dilayan, Isteri Curang Dengan Suami
Sekianlah artikel Akibat Kehendak Batin Tidak Dilayan, Isteri Curang Dengan Suami kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Akibat Kehendak Batin Tidak Dilayan, Isteri Curang Dengan Suami dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/akibat-kehendak-batin-tidak-dilayan.html