Judul : Ajal Tiba Ketika Mendaki
link : Ajal Tiba Ketika Mendaki
Ajal Tiba Ketika Mendaki
Ketika menuruni Gunung Kinabalu, Ranau, seorang pendaki terpisah dari kumpulannya dan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada 5.40 petang semalam.
Mangsa Nazri Omar, 49, dipercayai terpisah daripada kumpulannya ketika turun dari puncak gunung dan hilang di kilometer lapan.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Ranau, Jimmy Lagung, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada rakan pendaki pada jam 1.15 tengah hari dan empat anggota pergi lokasi kejadian.
"Menurut laporan, Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat (MOSAR) dan kakitangan Taman-Taman Sabah (TTS) menerima maklumat daripada salah seorang rakan pendaki memaklumkan mangsa terpisah daripada kumpulan.
"Kemudian, salah seorang petunjuk arah melaporkan mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum diusung PBB MOSAR untuk dibawa turun ke kaki gunung (Timpohon Gate) sementara menunggu ketibaan pasukan BBP Ranau," katanya ketika dihubungi, haru ini.
Jimmy berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor yang berada di lokasi sebaik tiba di Timpohon Gate.
"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Punca kejadian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan serta merta," katanya. Sumber: Mymetro , Editor:Farhana
"Punca kejadian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan serta merta," katanya. Sumber: Mymetro , Editor:Farhana
Gambar Credit #DTTB
Gambar Credit #DTTB
Demikianlah Artikel Ajal Tiba Ketika Mendaki
Sekianlah artikel Ajal Tiba Ketika Mendaki kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ajal Tiba Ketika Mendaki dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/ajal-tiba-ketika-mendaki.html