Judul : Abby Abadi Mohon Peminat Mendoakan Anak Tirinya
link : Abby Abadi Mohon Peminat Mendoakan Anak Tirinya
Abby Abadi Mohon Peminat Mendoakan Anak Tirinya
KELANTAN - Anak tiri kepada Abby Abadi, Danish Edry, 12, terlibat dalam kemalangan motorsikal di Kota Bharu.
Danish Edry, 12, iaitu anak tiri kepada Abby Abadi terlibat dengan kemalangan motorsikal di Kota Bharu, Kelantan.
Menerusi salah sebuah entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, @abby_abadi112 mengumumkan berita kemalangan tersebut.
Muhammad Faizal merupakan bapa kepada Danish bersama seorang wanita menerusi perkahwinannya sebelum ini.
"Makluman 6/1/2018. Sahabat-sahabat yang kami sayangi kerana Allah, kami nak ucapkan terima kasih kerana sudi membeli produk/gadget/tudung jualan kami. Sangat-sangat kami hargai. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya.
"Cumanya untuk kelmarin, semalam dan hari ini kami terpaksa tangguhkan dulu urusan jual beli yang terus dengan kami di Instagram, Facebook dan WhatsApp kerana saya dan Suami berada di Kota Bharu dari pagi semalam kerana anak suami yang bernama Danish Edry yang dijaga ibunya yang berumur 12 tahun ni accident motor.
"Agak teruk juga keadaannya. Mohon doa kalian ya agar anak ini cepat sembuh. #Allah Uji SebabSayang. Tak dapat nak share lebih sebab tak banyak maklumat. Sebarang pertanyaan boleh tanya terus pada suami saya. Sekian," tulis Abby.
Rata-rata peminat menulis di ruang komen mendoakan kesembuhan anak itu. Editor:Farhana
Demikianlah Artikel Abby Abadi Mohon Peminat Mendoakan Anak Tirinya
Sekianlah artikel Abby Abadi Mohon Peminat Mendoakan Anak Tirinya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Abby Abadi Mohon Peminat Mendoakan Anak Tirinya dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/abby-abadi-mohon-peminat-mendoakan-anak_6.html