Aaron Aziz Buat Kejutan Beraksi Di Sisi Bintang Hollywood, Will Smith

Aaron Aziz Buat Kejutan Beraksi Di Sisi Bintang Hollywood, Will Smith - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aaron Aziz Buat Kejutan Beraksi Di Sisi Bintang Hollywood, Will Smith, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aaron Aziz Buat Kejutan Beraksi Di Sisi Bintang Hollywood, Will Smith
link : Aaron Aziz Buat Kejutan Beraksi Di Sisi Bintang Hollywood, Will Smith

Baca juga


Aaron Aziz Buat Kejutan Beraksi Di Sisi Bintang Hollywood, Will Smith



Pelakon Aaron Aziz, 41 baru-baru ini telah membuat kejutan dengan kemunculannya dalam promosi filem Bright di mana ramai netizen menyangka pelakon tersebut itu beraksi di sisi bintang Hollywood, Will Smith.

Menerusi video berkenaan, Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz telah disolekkan sebagai toyol dan berpakaian lengkap polis duduk di bahagian belakang kereta dipandu Joel Edgerton manakala Smith di tempat penumpang.

Malah ramai netizen mempercayai dia membintangi filem fantasi aksi arahan David Ayer itu kerana dialog Aaron dipercayai seolah-olah sebahagian daripada babak Bright.

Namun didapati bahawa video itu cuma mempromosikan Bright selepas menyaksikan filem berkenaan membuatkan ada sesetengah netizen yang menyatakan kekecewaan mereka.

Sementara itu, watak toyol yang dipilih Netflix kerana makhluk halus itu popular di dalam kalangan masyarakat tempatan, kata Aaron ketika dihubungi.

Jelasnya, "penerbit Netflix mahu menampilkan video promosi tempatan dan toyol paling dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu."

"Manakala mahluk Elf dan Orc yang diketengahkan dalam filem itu kurang dikenali orang tempatan," ujarnya lagi.

Aaron juga berpendapat bahawa tiada masalah bagi Netflix untuk mengetengahkan gimik seperti itu, mengulas reaksi orang ramai terhadap video promosi Bright.

“Peminat tegar pasti mengetahui ini adalah strategi pemasaran untuk mempromosi karya baru Netflix.

Katanya,"filem The Crown dan War Machine yang dibintangi Brad Pitt juga menggunakan cara promosi seperti ini."

Apabila ditanya mengenai promosi filem itu, Aaron mengakui bahawa lakonan itu agak mencabar baginya kerana perlu beraksi dengan mendengar dialog Smith dan Edgerton.

"Kata Aaron, "ini juga kali pertama saya berlakon sebagai toyol dan memang sukar untuk melakonkan babak itu kerana pelakon berkenaan tiada di lokasi dan berdasarkan dialog mereka."

"Dalam pada itu, ini juga kali pertama saya berlakon dengan produksi besar antarabangsa dan memberi pengalaman bagus kepada saya," katanya lagi.

Selain itu, Netflix juga mengumumkan sekuel baru Bright walaupun dilabelkan sebagai filem paling teruk 2017.

Netflix juga mengumumkan Bright mendapat jumlah tontonan paling tinggi pada minggu pertama siaran dalam perkhidmatan penstriman berbayar itu biarpun mendapat banyak ulasan negatif.

Manakala netflix turut mengesahkan Smith dan Edgerton kembali beraksi dalam sekuel itu dan Ayer akan mengarah serta menulis skrip.

Difahamkan, filem Bright mula disiarkan dalam aplikasi Netlfix pada 22 Disember lalu dan menelan kos perbelanjaan RM361.7 juta.

Kisah dalam filem Bright memaparkan manusia hidup dengan makhluk mistik Elf, Orc, Fairy dan kuasa magik turut wujud.

Pelakon Smith juga melakonkan watak sebagai pegawai polis Jabatan Polis Los Angeles bernama Daryl Ward yang terpaksa bekerjasama dengan polis baru Nick Jakoby.

Dan kebetulan pula, Jakoby adalah makhluk Orc dan adalah pegawai polis pertama daripada spesies itu.

Kemuncak cerits berkenaan bermula apabila beberapa penjahat mahu memperoleh kuasa luar biasa Wand yang dilindungi Ward, Jakoby dan gadis Elf bernama Tikka. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha





Demikianlah Artikel Aaron Aziz Buat Kejutan Beraksi Di Sisi Bintang Hollywood, Will Smith

Sekianlah artikel Aaron Aziz Buat Kejutan Beraksi Di Sisi Bintang Hollywood, Will Smith kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aaron Aziz Buat Kejutan Beraksi Di Sisi Bintang Hollywood, Will Smith dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/aaron-aziz-buat-kejutan-beraksi-di-sisi_5.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :