Judul : 5 Gambar Tertangkapnya Pencuri Mencuri Botol Vodka Paling Mahal Didunia
link : 5 Gambar Tertangkapnya Pencuri Mencuri Botol Vodka Paling Mahal Didunia
5 Gambar Tertangkapnya Pencuri Mencuri Botol Vodka Paling Mahal Didunia
'Vodka yang paling mahal di dunia' ini dikatakan telah dicuri dari sebuah bar dan suspek telah berjaya dirakam melalui rakaman litar tertutup CCTV, dimana dia kelihatan 'menggesek' botol minuman keras itu yang berharga $ 1.3million.
Dalam rakaman CCTV tersebut, kelihatan penceroboh itu merebut vodka 'Russo-Baltique' sebelum dia melarikan diri ke sebuah pub di Denmark.
Menurut laporan Deutsche Welle, kes pencurian itu dikatakan berlaku di Café 33, di sebuah bar di Copenhagen yang mana memaparkan banyak koleksi vodka.
Pemiliknya dilaporkan berkata bahawa botol itu sebenarnya diperbuat daripada emas dan perak dan dianggarkan bernilai $ 1.3 juta (£ 961,233) dimana ia telah dibawa dari Rusia dan dihasilkan oleh sebuah syarikat iaitu Syarikat Latvia, Dartz Motorz.
Menurut Danish TV program iaitu 'TV2 Lorry', botol arak yang dicuri tersebut juga dikatakan sering muncul di dalam sebuah drama ‘House of Cards’.
Pengumpul koleksi botol arak tersebut, Brian Engberg, melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa dan turut memuatnaik beberapa koleksi gambar ke laman social Facebook.
Dalam satu sesi temu bual di TV2, botol tersebut telah diinsurankan dan mendapat pinjaman daripada seorang usahawan dari Rusia.
Dalam pada masa yang sama, pengumpul koleksi botol arak berkenaan memuatnaik statusnya di laman social Facebook dengan berkata “Tolong, ada orang telah pecah masuk dengan menggunakan kunci dan telah mencuri vodka saya iaitu ‘Russo Baltique Vodka’ yang mana ia adalah vodka yang termahal didunia”.
Tambahnya lagi, ganjaran yang lumayan akan diberikan kepada sesiapa yang menolong mencarinya kerana botol tersebut hanya ada satu sahaja di dunia.
Pihak berkuasa dalam pada masa yang sama akan terus menyiasat perkara ini sehinggalah ianya selesai. Sumber: Mirror.Co.Uk, Editor: Amira
Demikianlah Artikel 5 Gambar Tertangkapnya Pencuri Mencuri Botol Vodka Paling Mahal Didunia
Sekianlah artikel 5 Gambar Tertangkapnya Pencuri Mencuri Botol Vodka Paling Mahal Didunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 5 Gambar Tertangkapnya Pencuri Mencuri Botol Vodka Paling Mahal Didunia dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/5-gambar-tertangkapnya-pencuri-mencuri.html