300 Artis Diburu Kerana Meminjam Dengan Ahlong.

300 Artis Diburu Kerana Meminjam Dengan Ahlong. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 300 Artis Diburu Kerana Meminjam Dengan Ahlong., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 300 Artis Diburu Kerana Meminjam Dengan Ahlong.
link : 300 Artis Diburu Kerana Meminjam Dengan Ahlong.

Baca juga


300 Artis Diburu Kerana Meminjam Dengan Ahlong.


Semua rakyat Malaysia termasuklah golongan artis terasa bahangnya apabila ekonomi negara berada dalam keadaan yang sempit.

Perkembangan industri seni yang agak lembab menyebabkan peluang untuk golongan artis mencari pendapatan agak terhad dan ramai antara mereka yang menggunakan jalan singkat apabila terpaksa meminjam wang daripada pinjaman tanpa lesen, Ah long.

Tambahan pula golongan ini dilihat hanya bergantung sepenuhnya kepada kerjaya seni sebagai pendapatan utama.

Isu ini telah di bangkitkan apabila Zed Zaidi selaku Presiden Persatuan Seniman telah mendedahkan seramai 300 orang artis dari pelbagai latar belakang sedang diburu oleh Ah Long kerana meminjam wang secara haram.

Punca golongan artis meminjam wang dari agen tanpa lesen ini adalah kerana kurang tawaran kerja.

Mereka membuat aduan kepada Seniman untuk mendapatkan kerjasama agar keselamatan mereka terbela.

Jumlah peminjam itu didapati bersandarkan kepada jumlah aduan kepada Persatuan Seniman oleh artis tersebut untuk mendapatkan pembelaan daripada kecaman ah long.

Mereka tidak dapat menyara diri sendiri kerana faktor peluang yang kurang dalam industri ini di umpamakan sebagai satu pentas dikongsi dengan 10,000 penggiat seni.

Tambahan lagi zaman kini ramai lambakan graduan yang telah bergraduasi dari fakulti seni turut mencari pekerjaan dalam industri ini.

Zarina Zainudin antara artis yang berniaga selain berlakon untuk mendapat wang lebih.

Menurut Zed, Selaras dengan peredaran masa artis mestilah mempunyai kebolehan diri yang lain dan mencuba perkara baru bagi menambah pendapatan.

Dalam kesempitan ekonomi negara yang makin menekan bukan sahaja golongan artis malahan semua lapisan masyarakat mengalami masalah yang sama.

Salah satu kaedah yang digunakan ketika ini adalah mengurangkan berbelanja mewah dan membuat lebih daripada satu kerja dan mungkin golongan artis boleh menggunakan cara yang sama. Sumber: Exora , Editor:Farhana


Demikianlah Artikel 300 Artis Diburu Kerana Meminjam Dengan Ahlong.

Sekianlah artikel 300 Artis Diburu Kerana Meminjam Dengan Ahlong. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 300 Artis Diburu Kerana Meminjam Dengan Ahlong. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/300-artis-diburu-kerana-meminjam-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :