Judul : 3 Gambar Dan Video Penjual kosmetik maut ditetak
link : 3 Gambar Dan Video Penjual kosmetik maut ditetak
3 Gambar Dan Video Penjual kosmetik maut ditetak
SHAH ALAM: Sekumpulan lelaki warga asing telah tetak sehingga maut, seorang lelaki tempatan telah menjadi mangsa dalam kejadian di tapak pasar malam Seksyen 25, di sini malam tadi.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata pihaknya dimaklumkan kira-kira jam 9.05 malam tadi, mengenai satu kejadian seorang mangsa dikelar di leher di kawasan Pasar Malam Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.
"Hasil siasatan awal, kami mendapati ketika si mati bersama seorang wanita tempatan berusia 26 tahun dan dua pekerjanya dari warga asing sedang berniaga barangan kosmetik di pasar malam itu, tiba-tiba datang empat lelaki disyaki warga Indonesia.
"Kumpulan itu tidak dikenali mangsa dan mereka menyerang si mati dengan menggunakan pisau sebelum melarikan diri.
"Mangsa yang luka di leher, mati di tempat kejadian manakala seorang daripada pekerja warga Indonesia yang cuba membantunya luka di kepala sebelum dikejarkan ke hospital."
Katanya, mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Nor Syazrin Rasdi, berusia 29 tahun dan berasal dari Kupang, Kedah.
Katanya, lelaki itu baru pertama kali berniaga di tapak pasar malam ketika kejadian berlaku.
Motif kejadian masih dalam siasatan dan polis percaya mangsa yang maut adalah pemilik gerai menjual kosmetik itu.
"Pada ketika ini, polis masih mencari suspek serta senjata yang digunakan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Polis menahan wanita tempatan itu dan seorang lagi pekerja warga Indonesia yang berada di lokasi untuk siasatan lanjut.
Demikianlah Artikel 3 Gambar Dan Video Penjual kosmetik maut ditetak
Sekianlah artikel 3 Gambar Dan Video Penjual kosmetik maut ditetak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 3 Gambar Dan Video Penjual kosmetik maut ditetak dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/3-gambar-dan-video-penjual-kosmetik_6.html