18 Gambar Pemandu Grab Di Bunuh 2 Remaja

18 Gambar Pemandu Grab Di Bunuh 2 Remaja - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 18 Gambar Pemandu Grab Di Bunuh 2 Remaja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 18 Gambar Pemandu Grab Di Bunuh 2 Remaja
link : 18 Gambar Pemandu Grab Di Bunuh 2 Remaja

Baca juga


18 Gambar Pemandu Grab Di Bunuh 2 Remaja


INDONESIA- Dua orang pelajar yang berusia 16 tahun telah disyaki membunuh seorang pemandu Grab di Semarang, pada hari Sabtu lalu. Suspek dipercayai membunuh mangsa kerana terpengaruh dengan aksi ganas di dalam permainan video.

Menurut, Fahmi Arifriyanto,Ketua Siasatan Jenayah Polis Semarang, berkata, pihak nya percaya suspek terbabit mengispirasikan pembunuhan daripada permainan video yang bersifat ganas tidak berperikemanusian selain filem yang berunsur ganas dan sadis.

Ketua Polis Kota Besar Semarang, Abiyoso Seno Aji ,berkata kejadian kira-kira pada pukul 9 malam pada hari Sabtu lalu, dua pelajar itu telah memesan perkhidmatan Grab dan membawa pisau belati semasa memasuki kenderaan terbabit.

Salah seorang daripada suspek duduk di sebelah pemandu, Deny Setiawan,25, manakala seorang lagi duduk di bahagian belakang. Selepas mangsa (Deny) mengajak mangsa berbual, suspek yang duduk di bahagian belakang tiba-tiba mengelar leher mangsa.

Mayatnya kemudian ditinggal kan di tepi jalan, manakala telefon bimbitnya ditanam berhampiran sungai dan keretanya ditinggal kan di kawasan lain.

“Mereka dipercayai meninggal kan kereta mangsa dengan niat mahu mengambilnya selepas keadaan lebih reda.

“Suspek juga mengajak beberapa rakan lain mengikuti perancangan itu tetapi mereka tidak berani menyertainya kerana bimbang ditangkap,” katanya.

Menurut laporan Detik News, Abiyoso berkata, kedua-dua suspek mendakwa melakukan pembunuhan kerana memerlukan wang untuk membayar yuran persekolahan mereka.

Walaubagaimana pun, pihak sekolah menyatakan mereka bukan lah daripada keluarga yang susah.

“Remaja pertama, sebahagian wang yuran sudah diberikan ibu bapanya dan tiada keperluan untuk membayar selebihnya dalam masa terdekat.

“Suspek kedua tinggal bersama ibu angkatnya yang amat dihormati serta memegang jawatan profesional,” katanya.

Kedua-dua remaja terbabit telah ditahan di rumah masing-masing setelah penemuan mayat Deny.

Walaupun masih dibawah umur,mereka mungkin akan didakwa membunuh seperti orang dewasa.

Guru serta rakan-rakan kedua remaja ini seperti terkejut dengan kejadian yang berlaku kerana suspek berpewatakan baik dan pada hari Isnin lalu selepas membunuh mereka masih datang ke sekolah untuk sesi persekolahan walaupun terlewat dan mereka dikenakan tindakan disiplin.Editor: Ila




















Demikianlah Artikel 18 Gambar Pemandu Grab Di Bunuh 2 Remaja

Sekianlah artikel 18 Gambar Pemandu Grab Di Bunuh 2 Remaja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 18 Gambar Pemandu Grab Di Bunuh 2 Remaja dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2018/01/18-gambar-pemandu-grab-di-bunuh-2-remaja_27.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :