Warga Emas Maut Di Tampar

Warga Emas Maut Di Tampar - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Warga Emas Maut Di Tampar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Warga Emas Maut Di Tampar
link : Warga Emas Maut Di Tampar

Baca juga


Warga Emas Maut Di Tampar


PARIT BUNTAR: Hanya kerana najis anjing seorang lelaki maut selepas berlaku pergelutan kecil membabitkan mangsa dengan seorang lelaki di Taman Pekan Baru, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata pihaknya menerima maklumat penemuan mayat mangsa, Shee Hun Kong, 68, yang terbaring di sisi anjingnya pada jam 1.33 pagi.

Katanya, berdasarkan siasatan awal dan laporan isterinya, mangsa dikatakan bertengkar dengan seorang lelaki berusia 52 tahun pada jam 12.30 tengah malam, selepas lelaki berkenaan berang anjing mangsa membuang najis di hadapan rumahnya.

"Susulan pertengkaran itu, suspek menampar dan mencurahkan air paip kepada mangsa dan anjingnya.

"Mangsa kemudian dikatakan rebah dan terbaring di hadapan rumah berkenaan dan dibiarkan di lokasi kejadian sebelum ditemui seorang penduduk," katanya di sini hari ini.

Omar Bakhtiar berkata, susulan laporan yang dibuat, polis menahan lelaki terbabit di rumahnya.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kegagalan saluran darah jantung.

"Selain itu terdapat luka kecil di kepala dan lutut kiri mangsa dipercayai akibat terjatuh.

"Suspek kini direman empat hari bermula hari ini dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis turut mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, isteri mangsa, Tan Poh Suan, 52, berkata dia suaminya sering membawa anjing peliharaan mereka bersiar pada waktu malam.

Katanya, suaminya ada menghidap penyakit jantung dan darah tinggi. Sumber: Berita Harian



Demikianlah Artikel Warga Emas Maut Di Tampar

Sekianlah artikel Warga Emas Maut Di Tampar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Warga Emas Maut Di Tampar dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/warga-emas-maut-di-tampar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :