Judul : Wanita Jepun Sibuk Bekerja, Tiada Masa Bercinta
link : Wanita Jepun Sibuk Bekerja, Tiada Masa Bercinta
Wanita Jepun Sibuk Bekerja, Tiada Masa Bercinta
TOKYO - Disebabkan beban kerja yang semakin kian meningkat, terdapat kira-kira 60 peratus wanita bujang di Jepun enggan memulakan hubungan cinta, lapor The Japan Times, tinjauan cocoloni.jp, sebuah agensi khidmat nasihat dalam talian.
Golongan wanita di negara itu sekarang berdepan dengan beban kerja sama seperti kaum lelaki. Antara faktor penat menjadikan wanita lebih memilih untuk berehat sambil menonton drama lipur lara, selepas waktu bekerja daripada pergi berdating, lapor agensi berita Xianhua.
Oleh kerana perkara itu jarang mendatangkan hasil memuaskan, cinta di pejabat tidak lagi menarik dan janji temu dengan seseorang yang tidak dikenali, dianggap sebagai satu tekanan dan membosankan,
Namun dari hasil tinjauan juga mendapati bahawa satu daripada empat wanita mengakui seringkali tertidur semasa berdating disebabkan keletihan.
Dan satu lagi laman web temu janji dalam talian, Lovely Media berkata semakin ramai wanita enggan pergi untuk berjanji temu kerana beranggapan ianya sesuatu yang membuang masa.
Tetapi jika mengimbau pada tahun 1980-an, lebh 60 peratus golongan muda berusia 20-an di Jepun sudah menjalinkan hubungan, sedangkan pada hari ini kumpulan itu menjadi minoriti, Menurut The Japan Times.
Kata laporan itu lagi, " waktu bekerja menjadi lebih pendek, jaminan cuti bersalin serta paterniti dan pengurangan suasana yang tidak berapa memberangsangkan, dilihat masih jauh untuk membantu wanita lebih memikirkan soal cinta." Sumber: Bernama. Editor: Atila Atasha
Kata laporan itu lagi, " waktu bekerja menjadi lebih pendek, jaminan cuti bersalin serta paterniti dan pengurangan suasana yang tidak berapa memberangsangkan, dilihat masih jauh untuk membantu wanita lebih memikirkan soal cinta." Sumber: Bernama. Editor: Atila Atasha
Demikianlah Artikel Wanita Jepun Sibuk Bekerja, Tiada Masa Bercinta
Sekianlah artikel Wanita Jepun Sibuk Bekerja, Tiada Masa Bercinta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wanita Jepun Sibuk Bekerja, Tiada Masa Bercinta dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/wanita-jepun-sibuk-bekerja-tiada-masa_5.html