Judul : [Video Pendedahan Mantan Pengerusi SPR] Jumlah pelancong susut, kenapa sorok angka ketibaan?
link : [Video Pendedahan Mantan Pengerusi SPR] Jumlah pelancong susut, kenapa sorok angka ketibaan?
[Video Pendedahan Mantan Pengerusi SPR] Jumlah pelancong susut, kenapa sorok angka ketibaan?
Rabu, 20 Disember 2017AMK: Jumlah pelancong susut, kenapa sorok angka ketibaan?
Pelancong di kedai cenderamata di George Town, Pulau Pinang. Pemuda PKR hari ini persoal mengapa jumlah ketibaan pelancong menurun sejak cukai pelancongan dilaksanakan pada September. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 20 Disember, 2017.
PEMIMPIN-pemimpin Pemuda PKR mempersoalkan kesan cukai pelancongan Malaysia selepas angka yang diperolehi dari sumber di Kementerian Pelancongan menunjukkan penurunan jumlah pelancong sejak ia dilaksanakan pada September.
Ketua Penerangan Pemuda Lee Chean Chung dan Ketua Pemuda Pahang Wong Chun Yuan berkata mereka mendapati jumlah ketibaan pelancong pada Oktober tahun ini ialah 1,997,069, iaitu turun 14% berbanding bulan sama tahun lepas.
Memetik data yang diperolehi dari sumber di Kementerian Pelancongan, mereka berkata ketibaan pelancong pada September ialah 2,093,378.
Semakan di laman wab MyTourism Data pula menunjukkan ketibaan pada Ogos ialah sebanyak 2,129,013.
"Kami menghubungi kementerian untuk mendapatkan angka ketibaan pada September dan Oktober tetapi diberitahu yang data itu tidak boleh ditunjuk kepada umum," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.
Mereka berkata angka selepas Ogos tahun ini tiada di laman web My Tourisme Data, walaupun 2017 menghampiri penghujungnya. – 20 Disember, 2017.
The Malaysian Insight.
Demikianlah Artikel [Video Pendedahan Mantan Pengerusi SPR] Jumlah pelancong susut, kenapa sorok angka ketibaan?
Sekianlah artikel [Video Pendedahan Mantan Pengerusi SPR] Jumlah pelancong susut, kenapa sorok angka ketibaan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Pendedahan Mantan Pengerusi SPR] Jumlah pelancong susut, kenapa sorok angka ketibaan? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/video-pendedahan-mantan-pengerusi-spr.html