[Video KAITAN Tarikh PILIHAN RAYA antara Pas & Umno] PEMBATALAN IMAMS UmnoBN panik? MENTERI DIGESA JANGAN BULI PENJAWAT AWAM.

[Video KAITAN Tarikh PILIHAN RAYA antara Pas & Umno] PEMBATALAN IMAMS UmnoBN panik? MENTERI DIGESA JANGAN BULI PENJAWAT AWAM. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video KAITAN Tarikh PILIHAN RAYA antara Pas & Umno] PEMBATALAN IMAMS UmnoBN panik? MENTERI DIGESA JANGAN BULI PENJAWAT AWAM., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video KAITAN Tarikh PILIHAN RAYA antara Pas & Umno] PEMBATALAN IMAMS UmnoBN panik? MENTERI DIGESA JANGAN BULI PENJAWAT AWAM.
link : [Video KAITAN Tarikh PILIHAN RAYA antara Pas & Umno] PEMBATALAN IMAMS UmnoBN panik? MENTERI DIGESA JANGAN BULI PENJAWAT AWAM.

Baca juga


[Video KAITAN Tarikh PILIHAN RAYA antara Pas & Umno] PEMBATALAN IMAMS UmnoBN panik? MENTERI DIGESA JANGAN BULI PENJAWAT AWAM.

Isnin, 18 Disember 2017

Foto Parti Amanah Negara.
PEMBATALAN IMAMS, MENTERI DIGESA JANGAN BULI PENJAWAT AWAM

1. Hasrat kerajaan untuk mengutip dana secara paksa daripada poket rakyat melalui Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) yang antara lain melibatkan caj GST bagi permohonan visa umrah telahpun dibatalkan ekoran mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. Namun begitu, dasar terbaru kerajaan ini berubah menjadi polemik apabila menteri kabinet membuat kenyataan bercanggah seolah-olah dasar ini dibuat secara membabi buta sehinggakan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak ‘bersandiwara’ tidak tahu kelulusan kabinet ini.

2. Walaupun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengakui IMAMS ada dibincangkan kabinet, ironinya mengatakan bahawa beliau tidak tahu bahawa CEO syarikat pengendali IMAMS iaitu Imams Sdn Bhd adalah bukan Muslim. Kenyataan ini selari dengan kenyataan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz pula menyatakan bahawa pelaksanaan IMAMS tidak seperti yang beliau inginkan. 

3. Kenyataan bercanggah dan langkah u-turn menteri-menteri kabinet ini menunjukkan kecelaruan dan haru-biru pentadbiran Putrajaya hari ini. Amat menyedihkan apabila mereka seolah-olah meletakkan kesalahan ke atas penjawat awam kononnya gagal memberikan maklumat tepat atau melakukan kerja dengan tidak teratur dan efisyen. Persoalannya bagaimana dasar IMAMS ini boleh dilluluskan kabinet dan dibawa ke perbahasan peringkat jawatankuasa bajet kementerian di Parlimen tanpa maklumat lengkap tentang perkara teknikal termasuk senarai pemilik dan pengarah syarikat dan butiran caj.

4. Justeru, Pemuda AMANAH menggesa kabinet mengambil tanggungjawab penuh atas kesilapan dasar ini dan berhenti membuli penjawat awam. Penjawat awam hanya menjalankan kerja sepertimana arahan dan kehendak menteri. Pemuda AMANAH menzahirkan keyakinan penuh ke atas kemampuan dan kredibiliti penjawat awam dalam menjalankan tanggungjawab awam kepada rakyat dan negara. Yang membawa masalah kepada rakyat dan negara adalah kebinet yang tercalar dengan pelbagai skandal korupsi dan tadbir urus yang salah dan lemah. Seharusnya menteri yang bertanggungjawab meletakkan jawatan dan memohon maaf kepada penjawat awam terutama di kementerian terbabit.

5. Pemuda AMANAH juga menggesa agar kerajaan mengambil langkah yang lebih efisyen dan tidak membebankan rakyat dalam menangani penipuan pakej umrah termasuk meningkatkan pemantauan ke atas semua aktiviti agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat. Tabung Haji boleh dijadikan pusat pengendali permohonan visa umrah tanpa apa-apa caj dikenakan atas dasar tanggungjawab sosial korporat. Ini adalah kerana Tabung Haji adalah badan berkanun yang diyakini rakyat dalam urusan ibadat haji dan umrah yang lebih selamat.

FAIZ FADZIL
TIMBALAN KETUA PEMUDA AMANAH

18 DISEMBER 2017


Demikianlah Artikel [Video KAITAN Tarikh PILIHAN RAYA antara Pas & Umno] PEMBATALAN IMAMS UmnoBN panik? MENTERI DIGESA JANGAN BULI PENJAWAT AWAM.

Sekianlah artikel [Video KAITAN Tarikh PILIHAN RAYA antara Pas & Umno] PEMBATALAN IMAMS UmnoBN panik? MENTERI DIGESA JANGAN BULI PENJAWAT AWAM. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video KAITAN Tarikh PILIHAN RAYA antara Pas & Umno] PEMBATALAN IMAMS UmnoBN panik? MENTERI DIGESA JANGAN BULI PENJAWAT AWAM. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/video-kaitan-tarikh-pilihan-raya-antara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :