Judul : Video Elyana Bengang Terpaksa Mengaku Minum Pamoga.
link : Video Elyana Bengang Terpaksa Mengaku Minum Pamoga.
Video Elyana Bengang Terpaksa Mengaku Minum Pamoga.
"Pamoga tak elok untuk pesakit kanser sebab dia ada gamat dan gula,"kata Elyana apabila dia terpaksa mengaku minum pamoga masa disoal Dato Vida.
Terdahulu, 'viral' apabila penyanyi cantik , Elyana mendedahkan bahawa dia menghidapi penyakit kanser limfoma tahap 4 pada malam penyingkirannya dalam pertandingan Gegar Vaganza (GV).
Namun tidak hanya dengan itu, penaja utama program berkenaan, Datuk Seri Vida (DSV) turut meluahkan rasa simpati kepada penyanyi Kalis Rindu itu.
DSV sempat mempromosikan produknya semasa dalam temubual berkenaan, katanya Pamoga dapat membantu merawat kanser daripada tahap 4 sehingga tahap 2 sebelum menanyakan penyanyi Elyana mengenai kesan pegambilan Pamoga.
Jelas Elyana semasa dalam video berkenaan, dia memberitahu bahawa pengambilan Pamoga menyebabkan dia semakin bertenaga dan sebagainya. Namun rata-rata mempercayai kesan Pamoga ke atas pesakit kanser tetapi ada juga sesetengah individu yang bertindak mengecam pengusaha kosmetik berkenaan kerana mengelirukan orang ramai.
Namun yang lebih mengejutkan apabila Elyana melalui InstaStorynya yang terkni mendedahkan bahawa dia tidak pernah mengambil Pamoga sebagai makanan tambahannya dalam melawan kanser.
Katanya, “Tak elok untuk pesakit kanser sebab dia ada gamat dan gula manis sangat. Orang yang cakap, saya tak tahu sebab tak pernah cuba."
"Hari tu akak cakap minum, biasalah depan kamera kita kadang-kadang orang berbudi kita berbahasa."
"Tapi memandangkan orang tidak berbudi dan cuma berbahasa dekat saya atas tu, jadi saya nak berterus terang di sini saya tidak minum, masih ada lagi bukti” katanya.
Tambah Elyana lagi dalam kenyataannya ketika itu dia hanya untuk menolong usahawan berkenaan.
“Cakaplah dah dia tanya minum ke tak, takkan nak cakap tak minum, tak bagus. Kita nak menolong.
Tapi bila dia cakap saya macam ni, macam ni. Tak kuasalah aku nak menolong orang macam tu..” tambahnya lagi. Sumber: Eraviral. Editor: Atila Atasha
Demikianlah Artikel Video Elyana Bengang Terpaksa Mengaku Minum Pamoga.
Sekianlah artikel Video Elyana Bengang Terpaksa Mengaku Minum Pamoga. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Video Elyana Bengang Terpaksa Mengaku Minum Pamoga. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/video-elyana-bengang-terpaksa-mengaku_5.html