Judul : UPSI guna teknik pengajaran terkini menjelang 2020
link : UPSI guna teknik pengajaran terkini menjelang 2020
UPSI guna teknik pengajaran terkini menjelang 2020
UPSI
(Ubah saiz teks)
TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan melaksanakan kaedah pengajaran menerusi teknik yang efektif dan terkini berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjelang 2020 bagi mendepani Revolusi Industri 4.0.
Naib Canselor UPSI Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata penggunaan teknologi berkenaan dipercayai lebih pantas dan tepat berbanding kaedah konvensional melalui buku atau merujuk kepada pensyarah.
"Pada masa ini, apabila pensyarah menggunakan (Microsoft) Power Point ketika mengajar atau berdiri di depan mengajar sahaja, ia jauh terbelakang, masih berada di takuk lama seperti 15, 20 tahun lalu sedangkan generasi kini banyak menggunakan gajet.
"Ia cabaran besar untuk mengubah kaedah pengajaran sedia ada tetapi kita perlu mentransformasikan pedagogi pendidikan bersesuaian dengan kemajuan teknologi terkini selaras dengan hasrat menjadikan UPSI universiti pendidikan nombor satu di rantau ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri '1st National Seminar On Effective Teaching' bertajuk 'Meeting the Challenges of Education 4.0' yang dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Dr Noor Azizi Ismail di Kampus Sultan Abdul Jalil di sini, hari ini.
Mohammad Shatar berkata apabila UPSI berjaya melaksanakan kaedah pengajaran menggunakan teknologi terkini, ia bakal menjadi rujukan golongan pendidik di negara ini untuk menggunakan kaedah sama.
Terdahulu, Mohammad Shatar dalam ucapannya berkata UPSI dipilih oleh Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai peneraju Agenda Pendidikan Tinggi 4.0 di negara ini.
"Oleh demikian, sebagai golongan pendidik, kita harus bersedia untuk berubah dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Teknik pengajaran seperti 'blended learning', 'flipped classroom', serta 'cahoots' perlu dipraktikkan untuk menarik minat generasi muda ke kuliah mahupun bilik darjah.
"Selain itu, peluang pekerjaan semakin mencabar secara tidak langsung memberi penekanan kepada universiti terutamanya memastikan setiap graduan yang keluar berjaya di pasaran pekerjaan," katanya. - Bernama
Demikianlah Artikel UPSI guna teknik pengajaran terkini menjelang 2020
Sekianlah artikel UPSI guna teknik pengajaran terkini menjelang 2020 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UPSI guna teknik pengajaran terkini menjelang 2020 dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/upsi-guna-teknik-pengajaran-terkini.html