TMJ cabar Mario Gomez jumpanya di mahkamah

TMJ cabar Mario Gomez jumpanya di mahkamah - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TMJ cabar Mario Gomez jumpanya di mahkamah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TMJ cabar Mario Gomez jumpanya di mahkamah
link : TMJ cabar Mario Gomez jumpanya di mahkamah

Baca juga


TMJ cabar Mario Gomez jumpanya di mahkamah

 | December 5, 2017
TMJ berkata kelab pada awalnya tidak berniat untuk memanjangkan isu bayaran tetapi Mario Gomez terlebih dahulu membuat kenyataan kepada umum menyebabkan pihaknya terpaksa bersuara.
tmj-mario-gomez-saman 
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar Mario Gomez menyamannya di mahkamah berhubung dakwaan kelab itu gagal membayar gaji bekas jurulatih kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) tersebut.
Menerusi kiriman Facebook JDT hari ini, TMJ berkata kelab itu pada awalnya tidak berniat untuk memanjangkan isu itu tetapi Gomez terlebih dahulu membuat kenyataan kepada umum menyebabkan pihaknya terpaksa bersuara.

“Saya, TMJ, tidak perlu saya nyatakan berapa banyak wang yang saya ada. Masuk akal atau tidak RM60,000 tidak mampu saya bayar?
“Teruskan usaha, Mario…sila bawa saya ke mahkamah kerana saya tidak pernah merasa ke mahkamah dan saya ingin merasainya,” tulisnya.

Gomez hari ini dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap TMJ selepas dikatakan gagal melunaskan gajinya semasa bersama kelab itu.
“Kita akan berjumpa di mahkamah tidak lama lagi. Mereka tidak mahu membayar gaji saya. Peguam saya dan saya sendiri sedang berusaha untuk membentangkan kes ini ke Fifa (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).
“Saya akan berikan mereka maklumat yang sangat sensitif,” katanya memetik laporan Malay Mail Online.

Gomez kini menggalaskan tugas sebagai jurulatih kelab liga 1 Indonesia bagi saingan musim depan.
Laporan akhbar negara itu menyatakan jurulatih kelahiran Argentina tersebut menandatangani kontrak selama 2 musim bersama kelab Persib Bandung.
Sementara itu, Pengarah Teknikal Alistair Edwards di Facebook JDT berkata dakwaan Gomez tidak benar.

“Faktanya, sebahagian kontrak Gomez bersama JDT adalah beliau dikehendaki membayar gaji pembantunya, Raul Longhi.
“Gomez pada mulanya membayar jumlah ini secara terus kepada Longhi dan kemudian beliau meminta setiausaha kelab kami membuat pembayaran terus kepada Longhi.

“Sejak 2015, JDT membayar komponen gaji ini secara terus kepada Longhi daripada gaji Gomez mengikut permintaan khususnya selaras dengan kewajipan dalam kontraknya,” tulis Edwards.

Gomez juga dikatakan membuat kenyataan palsu bahawa JDT tidak menjawab suratnya.
“Kami menerima surat itu dalam bahasa Sepanyol dan telah menjawab dengan sewajarnya. Jangan cuba untuk menipu kerana ini akan menjejaskan karier anda di Indonesia,” tulisnya lagi.


Demikianlah Artikel TMJ cabar Mario Gomez jumpanya di mahkamah

Sekianlah artikel TMJ cabar Mario Gomez jumpanya di mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TMJ cabar Mario Gomez jumpanya di mahkamah dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/tmj-cabar-mario-gomez-jumpanya-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :