Terkena Renjatan Elektrik, Empat Sekeluarga Maut

Terkena Renjatan Elektrik, Empat Sekeluarga Maut - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terkena Renjatan Elektrik, Empat Sekeluarga Maut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terkena Renjatan Elektrik, Empat Sekeluarga Maut
link : Terkena Renjatan Elektrik, Empat Sekeluarga Maut

Baca juga


Terkena Renjatan Elektrik, Empat Sekeluarga Maut


LOMBOK TIMUR -  Empat sekeluarga maut akibat terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi ketika berada di sawah berdekatan kediaman mereka.

Keempat-empat mangsa terdiri daripada ayah Amaq Sanah, 60 tahun; ibu Inaq Sanah, 50 tahun; Hikmatullah, 35 tahun; dan Haeriyah, 37 tahun.

Satu demi satu ahli keluarga itu terkorban dalam kejadian menyayat hati yang berlaku di sini pada Isnin kira-kira jam 11.30 pagi, menurut laporan portal kicknews.today.

Difahamkan kejadian itu bermula apabila si ibu Inaq Sanah telah turun ke sawah miliknya bagi mencari siput untuk dijual di pasar.

Namun didapati berlaku kebocoran arus elektrik di kawasan sawah berkenaan lalu menyebabkan Inaq Sanah terkena renjatan elektrik. Ekoran dari itu, mangsa terus rebah dan meninggal dunia.

Manakala seorang saksi kejadian bergegas ke rumah mangsa untuk memberitahu keluarganya.

Setelah itu, anak mangsa Haeriyah bergegas ke tempat kejadian meluru untuk mendekati ibunya, namun dia pula menjadi korban renjatan elektrik.

Apabila melihat kakaknya yang rebah di samping si ibu, seorang lagi anak mangsa Hikmatullah pula turun untuk membantu tetapi dia juga turut menjadi korban.

Kemudiannya bapanya pula menerima nasib yang sama apabila ingin menyelamatkan tiga ahli keluarganya yang rebah terkena renjatan elektrik.

Penduduk yang melihat kejadian itu terus mematikan arus elektrik setelah sedar berlakunya kebocoran di kawasan tersebut.

Kesemua mangsa telah dikejarkan ke pusat kesihatan masyarakat namun gagal diselamatkan.

Dalam pada itu, pihak polis mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa kes sedang disiasat. Sumber: Kicknews.today. Editor: Atila Atasha.



Demikianlah Artikel Terkena Renjatan Elektrik, Empat Sekeluarga Maut

Sekianlah artikel Terkena Renjatan Elektrik, Empat Sekeluarga Maut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terkena Renjatan Elektrik, Empat Sekeluarga Maut dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/terkena-renjatan-elektrik-empat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :