Judul : Saya Tidak Sampai Hati Tengok Isteri - Shaheizy Sam
link : Saya Tidak Sampai Hati Tengok Isteri - Shaheizy Sam
Saya Tidak Sampai Hati Tengok Isteri - Shaheizy Sam
KUALA LUMPUR - Pelakon Shaheizy Sam, 35 memberitahu bahawa jika diikutkan hati dia lebih rela isterinya, Syatilla Melvin, 26 menjadi suri rumah dan membesarkan anak sulung mereka, Syeriv Samheizy, tujuh bulan daripada berpenat lelah di lokasi penggambaran.
Tetapi dia memahami kerinduan isterinya juga pelakon yang pernah tiga kali diangkat sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) itu tidak sanggup untuk menghalang Syatilla daripada meneruskan minatnya.
Jelasnya, "jika ditanya, saya rela melihat isteri duduk di rumah membesarkan anak kami kerana saya tahu penatnya mencari rezeki sebagai anak seni. Tetapi, itu bukan bermakna saya menghalang keinginan Syatilla."
"Saya tiada masalah jika dia mahu berlakon semula. Saya juga mencari makan dalam bidang ini, susah sebenarnya jika ditinggalkan kerana jiwa sudah sebati.
Kata Sam, "cuma, mungkin bukan sekarang kerana anak kami sedang membesar. Syatilla juga sukar untuk berenggang, malah selesa membesarkan sendiri anak. Tunggulah sedikit masa lagi,".
Namun sebelum ini, pernah terdengar ura-ura yang mengatakan Sam sedang rancak melunaskan baki penggambaran filem Polis Evo 2 tidak lagi membenarkan isterinya berlakon selepas menjadi ibu.
Difahamkan, andaian itu timbul apabila Syatilla tidak lagi ke lokasi penggambaran selepas kali terakhir membuat kemunculan istimewa dalam drama 'Kerna Syurga Bukan Percuma, pada Ogos lalu.
Sam berkata, kehadiran Syeriv membuatkan dia lebih matang dalam setiap perkara selepas menjadi bapa.
"Tanggungjawab saya semakin besar selepas dikurniakan anak dan saya tidak lagi main-main kerana tidak pernah tahu apa akan berlaku pada hari mendatang. Dia dan keluarga adalah segala-galanya dalam hidup saya."
Jelasnya lagi, "walaupun sibuk, saya tetap mencari masa bersama anak. Pada sebelum ini, saya terpaksa berjauhan selama dua bulan kerana menjalani penggambaran di Kuantan, Pahang. Hampir pada setiap malam saya akan membuat panggilan video untuk melepas rindu." Sumber: Berita Harian. Editor: Atila Atasha
Demikianlah Artikel Saya Tidak Sampai Hati Tengok Isteri - Shaheizy Sam
Sekianlah artikel Saya Tidak Sampai Hati Tengok Isteri - Shaheizy Sam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saya Tidak Sampai Hati Tengok Isteri - Shaheizy Sam dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/saya-tidak-sampai-hati-tengok-isteri_16.html