[ROMPIN] BOT KARAM BERJAYA DIAPUNGKAN, MANGSA GAGAL DITEMUKAN

[ROMPIN] BOT KARAM BERJAYA DIAPUNGKAN, MANGSA GAGAL DITEMUKAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [ROMPIN] BOT KARAM BERJAYA DIAPUNGKAN, MANGSA GAGAL DITEMUKAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [ROMPIN] BOT KARAM BERJAYA DIAPUNGKAN, MANGSA GAGAL DITEMUKAN
link : [ROMPIN] BOT KARAM BERJAYA DIAPUNGKAN, MANGSA GAGAL DITEMUKAN

Baca juga


[ROMPIN] BOT KARAM BERJAYA DIAPUNGKAN, MANGSA GAGAL DITEMUKAN


Bot karam berjaya diapungkan, mangsa gagal ditemukan


Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan untuk hari ketiga, hari ini dalam jarak sekitar 4.5 batu nautika dari kawasan bot karam ditemui iaitu berhampiran Pulau Lalang, Endau, Johor.

Sebanyak dua aset terlibat dalam operasi berkenaan iaitu Bot Pengawal 43 (Maritim Malaysia) dan Bot PSC 31 (Polis Marin).

Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Timur (Operasi), Kapten Maritim V Pannir Selvan Veloo, berkata, seramai empat orang penyelam dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Mawilla 1 Tanjung Gelang turut membantu.

"Bot telah diapungkan oleh nelayan, bahagian rumah bot (wheel house) didapati telah pecah dan hanya bahagian bawah bot sahaja yang tinggal.


Bot yang karam berjaya diapungkan oleh nelayan terlibat menggunakan dua buah bot lain.


"Hasil pemeriksaan mendapati mangsa tiada di dalamnya. Bot yang telah berjaya ditimbulkan ditarik ke Endau dan dijangka masuk jeti Endau malam ini," katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Portal Sinar Online semalam melaporkan seorang awak-awak tempatan hilang manakala lima lagi krew bot termasuk seorang tekong selamat selepas bot nelayan yang mereka naiki karam, sekitar jam 8 malam, Jumaat lalu.

Bot nelayan tempatan kelas B itu dilaporkan telah tenggelam di perairan Tanjung Gemok, di sini, lebih kurang 4 batu nautika dari Pulau Layak manakala mangsa yang hilang dikenali sebagai Che Mohd Arif Che Hussin, 39, berasal dari Wakaf Bharu, Kelantan.




Demikianlah Artikel [ROMPIN] BOT KARAM BERJAYA DIAPUNGKAN, MANGSA GAGAL DITEMUKAN

Sekianlah artikel [ROMPIN] BOT KARAM BERJAYA DIAPUNGKAN, MANGSA GAGAL DITEMUKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [ROMPIN] BOT KARAM BERJAYA DIAPUNGKAN, MANGSA GAGAL DITEMUKAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/rompin-bot-karam-berjaya-diapungkan.html

Subscribe to receive free email updates: