Punca Lelaki OKU Tetak Dan Bakar 4 Sekeluarga.

Punca Lelaki OKU Tetak Dan Bakar 4 Sekeluarga. - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Punca Lelaki OKU Tetak Dan Bakar 4 Sekeluarga., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Punca Lelaki OKU Tetak Dan Bakar 4 Sekeluarga.
link : Punca Lelaki OKU Tetak Dan Bakar 4 Sekeluarga.

Baca juga


Punca Lelaki OKU Tetak Dan Bakar 4 Sekeluarga.


KUALA SELANGOR - Seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan pihak polis selepas disyaki terlibat dalam kejadian membunuh dan membakar kediaman empat sekeluarga di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Sepang.

Lelaki tersebut merupakan seorang OKU yang mempunyai masalah pekak dan bisu, dan merupakan teman lelaki kepada anak perempuan bongsu mangsa pasangan warga emas itu, menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

Difahamkan, suspek telah ditahan di sebuah rumah kedai di jalan 10/40, Taman Pusat Kepong, Kuala Lumpur.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa motif kejadian adalah disebabkan oleh masalah kewangan yang dihadapi suspek di mana suspek dikatakan cuba mendapatkan wang dari pasangan tersebut tetapi tidak dilayan.

"Kemudiannya suspek dikatakan naik berang dan bergelut dengan mangsa dan bertindak memukul mangsa dengan pisau dan kayu sebelum bertindak membakar kediaman terbabit.

Katanya dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas KPD, "Suspek yang turut mengalami kecederaan kemudiannya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta."

Tambah Mazlan lagi, suspek yang bekerja di sebuah kilang perabut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Ekoran dari kejadian tersebut, empat sekeluarga yang maut dalam kebakaran itu dipercayai dibunuh sebelum dibakar.

Namun sebelum ini dari hasil siasatan awal Pasukan Siasatan Tempat Kejadian (CSI) mendapati bahawa terdapat kesan tetakan pada badan mangsa, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Selangor, SAC Fadzil Ahmad.

Dan pihaknya juga mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, empat sekeluarga yang maut adalah pasangan suami isteri dikenali sebagai Chia Tee Nang, 73 tahun, Lim Mai Shak, 68 tahun dan cucu mereka, Chia Yuan Bin, 3 tahun, manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang masih belum dikenal pasti. Sumber: Eberita. Editor: Atila Atasha


Demikianlah Artikel Punca Lelaki OKU Tetak Dan Bakar 4 Sekeluarga.

Sekianlah artikel Punca Lelaki OKU Tetak Dan Bakar 4 Sekeluarga. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Punca Lelaki OKU Tetak Dan Bakar 4 Sekeluarga. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/punca-lelaki-oku-tetak-dan-bakar-4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :