Pengecas Telefon Punca Kebakaran

Pengecas Telefon Punca Kebakaran - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengecas Telefon Punca Kebakaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengecas Telefon Punca Kebakaran
link : Pengecas Telefon Punca Kebakaran

Baca juga


Pengecas Telefon Punca Kebakaran


SHAH ALAM - Seorang lelaki mengalami nasib malang selepas pengecas telefon bimbit yang sedang digunakan terbakar di rumahnya di Dataran Automobil, Seksyen, 15.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, mangsa dikatakan sedang mengecas telefon bimbitnya di atas tilam di dalam bilik, kata Timbalan Ketua Polis Shah Alam, Superitendan Nek Zaidi Zakaria.

Mangsa kemudiannya melihat percikan api dari pengecas telefon bimbit berkenaan dan percikan tersebut terkena pada tilam.

"Percikan tersebut telah menyambar tilam mangsa dan dia cuba untuk memadamkan api itu namun tidak berjaya kerana bahan tilam mudah terbakar.

"Mangsa kemudiannya terus menghubungi pihak polis dan bomba kerana api semakin marak dan merebak manakala punca kebakaran dipercayai dari litar pintas," katanya.

Pihaknya juga mengambil masa selama kira-kira 25 minit bagi memastikan api tersebut padam spenuhnya, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Azmel Kamaruddin.

Kebakaran tersebut telah membabitkan beberapa kawasan antaranya ruang tamu serta bilik, katanya.

Katanya lagi, "pihak bomba juga turut melakukan pemantauan selepas api dipadam kerana mahu memastikan tiada nyalaan semula." Sumber: Berita Harian. Editor: Atila Atasha





Demikianlah Artikel Pengecas Telefon Punca Kebakaran

Sekianlah artikel Pengecas Telefon Punca Kebakaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengecas Telefon Punca Kebakaran dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/pengecas-telefon-punca-kebakaran.html

Subscribe to receive free email updates: