Pampasan tidak dibayar, bekas penoreh getah minta bantuan PM

Pampasan tidak dibayar, bekas penoreh getah minta bantuan PM - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pampasan tidak dibayar, bekas penoreh getah minta bantuan PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pampasan tidak dibayar, bekas penoreh getah minta bantuan PM
link : Pampasan tidak dibayar, bekas penoreh getah minta bantuan PM

Baca juga


Pampasan tidak dibayar, bekas penoreh getah minta bantuan PM


Kira-kira 70 bekas penoreh getah dari Padang Meha, Kedah berkumpul di luar bangunan Pejabat Perdana Menteri hari ini bagi meminta pertolongan berhubung bayaran penghakiman mahkamahyang belum diterima.

Kumpulan itu yang kebanyakannya terdiri daripada wanita Melayu dan warga tua India berkumpul selama hampir enam jam sebelum mendapat jaminan campur tangan daripada pegawai kerajaan.

Penoreh getah berkenaan merupakan antara 207 plaintif yang berjaya menyaman syarikat perladangan yang telah memecat mereka pada 1995.
Meskipun syarikat berkenaan telah bankrap pada 2005, Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 2011 memutuskan agar syarikat itu memberi pampasan sebanyak RM22,500 kepada setiap plaintif.

Menurut anggota pusat jawatankuasa PSM Choo Choon Kai yang turut hadir menemani kumpulan berkenaan ke Pejabat Perdana Menteri, syarikat perladangan itu telah menjual tanah kepada pemaju hartanah pada 1995 yang kemudian memecat pekerjanya tanpa pampasan.

“Apabila pemaju berkenaan bankrap, mereka menuntut pampasan daripada pencair aset syarikat itu. Namun, permohonan mereka tidak dihiraukan oleh pencair aset syarikat berkenaan,” katanya kepada Malaysiakini.

Seorang pegawai tinggi Kementerian Sumber Tenaga Manusia berjanji mengadakan mesyuarat antara kumpulan berkenaan dan pihak berkaitan, kata Choo sebelum kumpulan berkenaan bersurai pada 4 petang.
Mesyuarat itu dijadual diadakan pada 8 Januari di Kulim, Kedah.
Malaysiakini 18/12/17


Demikianlah Artikel Pampasan tidak dibayar, bekas penoreh getah minta bantuan PM

Sekianlah artikel Pampasan tidak dibayar, bekas penoreh getah minta bantuan PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pampasan tidak dibayar, bekas penoreh getah minta bantuan PM dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/pampasan-tidak-dibayar-bekas-penoreh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :