Judul : Ngeri!!! Isteri Lihat Suami Mati Terbakar
link : Ngeri!!! Isteri Lihat Suami Mati Terbakar
Ngeri!!! Isteri Lihat Suami Mati Terbakar
JOHOR - Seorang lelaki rentung sejurus kereta Proton Persona dipandunya terbabas lalu terbakar dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 41, Lebuh Raya PLUS arah selatan berhampiran Kulai, Johor kira-kira jam 6 pagi.
Mangsa, Muhammad Rusdi Yakob, 29, yang ditemui anggota bomba dan penyelamat di tempat duduk pemandu sebaik api berjaya dipadamkan.
Jurucakap Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam pada seawal jam 6.02 pagi.
Katanya, satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai bersama lima anggota dan seorang pegawai bergegas ke lokasi.
“Sebaik api berjaya dipadamkan, anggota menemui mayat seorang lelaki di tempat pemandu.
Kami dapati tidak ada kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan itu ketika tiba di lokasi kejadian".
"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya," jelasnya lagi.
Kemalangan itu turut menyebabkan isteri Muhammad Rusdi, Salwa Atasha Muhammad, 30 dan anaknya, Nuraisha Sofiah berusia tiga tahun cedera ringan dan dirawat di Hospital Kulai. Sumber: Harian Metro - Editor: Amylea Nazrul
Demikianlah Artikel Ngeri!!! Isteri Lihat Suami Mati Terbakar
Sekianlah artikel Ngeri!!! Isteri Lihat Suami Mati Terbakar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ngeri!!! Isteri Lihat Suami Mati Terbakar dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/ngeri-isteri-lihat-suami-mati-terbakar_27.html