Judul : Maut Ditanduk Kerbau Mengamuk
link : Maut Ditanduk Kerbau Mengamuk
Maut Ditanduk Kerbau Mengamuk
KUANTAN - Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun meninggal dunia selepas ditanduk kerbau peliharaanya ketika hendak membawa kerbau tersebut menaiki lori di Kampung Gantok, Temerloh.
Dalam kejadian jam 6.30 petang, mangsa, Bazarudin Yeop Yahya, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital, kata Ketua polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood.
Pada mulanya sebelum kejadian, mangsa bersama tiga lagi rakannya cuba untuk menangkap kerbau itu untuk dijual kepada pembeli. Namun ketika cuba untuk membawa kerbau tersebut menaiki lori, kerbau tersebut tiba-tiba mengamuk lalu menyerang mangsa serta menanduknya beberapa kali.
Difahamkan, tali yang mengikat kerbau itu longgar menyebabkan mangsa dipijak di bahagian perut.
Ekoran dari itu, mangsa mengalami pendarahan teruk di bahagian dada dan perut.
Kata Zundin, "rakan-rakannya yang berada di tempat kejadian segera membantu menyelamatkan mangsa. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah untuk diberikan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia. Sumber: K! Online. Editor: Atila Atasha
Demikianlah Artikel Maut Ditanduk Kerbau Mengamuk
Sekianlah artikel Maut Ditanduk Kerbau Mengamuk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Maut Ditanduk Kerbau Mengamuk dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/maut-ditanduk-kerbau-mengamuk.html