MACAM NAJIB TAHU BENAR TANAH DI JALAN SEMARAK ?

MACAM NAJIB TAHU BENAR TANAH DI JALAN SEMARAK ? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MACAM NAJIB TAHU BENAR TANAH DI JALAN SEMARAK ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MACAM NAJIB TAHU BENAR TANAH DI JALAN SEMARAK ?
link : MACAM NAJIB TAHU BENAR TANAH DI JALAN SEMARAK ?

Baca juga


MACAM NAJIB TAHU BENAR TANAH DI JALAN SEMARAK ?

BERAT KENYATAAN NI !

BERAT BERITA TUDUHAN NI, KEHILANGAN TANAH MILIK FELDA SEMACAM TELAH DIRANCANG.

RASANYA SEMACAN ADA PULA YANG BERPURA-PURA TERKEJUT DIATAS KEHILANGAN TANAH MILIK FELDA TERSEBUT.

JIKA PM MEMERINTAHKAN SUPAYA KES HILANG TANAH INI SUPAYA DISIASAT SECARA TERPERINCI, MAKA ADA YANG MENEGOK AIR LIUR KEMPUNAN DENGAN KENYATAAN NAJIB NI.

-Pak Karamu-

 

'Najib tidak boleh terlepas'

AddThis Sharing Buttons

Mazlan Aliman
Mazlan Aliman
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipertanggungjawabkan terhadap pelbagai isu yang melanda Felda tertama skandal kehilangan tanah di Jalan Semarak.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata, Najib yang melantik Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad walaupun dibantah banyak pihak sebelum ini.

“Konsep ‘pertanggungjawaban bersama’ dengan erti kata, tidak harus Isa Samad sahaja yang dipersalahkan. Maaf Datuk Seri Najib, anda bertanggungjawab atas malapetaka besar yang melanda Felda,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Isa adalah pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017, sebelum diganti dengan Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Beliau mengulas laporan media bahawa Felda berisiko kehilangan hak ke atas sebidang tanah di ibu negara bernilai kira-kira RM270 juta ekoran pemindahan hak milik pada 2015 yang didakwa ‘meragukan’.

Mazlan berkata, beliau bersimpati dengan Shahrir kerana terpaksa bertanggungjawab mencuci najis yang ditinggalkan mereka terdahulu.

“Namun, jika beliau pelik dan hairan mengapa begitu mudah tanah milik Felda di Jalan Semarak itu boleh berpindah milik, beliau adalah sebahagian daripada anggota pentadbiran kerajaan BN yang memerintah sejak sekian lama.

“Apa yang mampu beliau lakukan dalam kerangka sistem yang telah rosak?” katanya lagi.
Menurut Mazlan, beliau telah bertindak membantah apabila terdapat ura-ura cerita Wisma Felda di Jalan Semarak mahu dibangunkan pada 2014.

“Ternyata, apa yang dibimbangi mengenai kemungkinan tanah di Jalan Semarak terlepas kepada pihak lain, telah menjadi kenyataan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu Felda: Pas dah lama bongkar]

“Saya yakin Perdana Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim tahu maklumat perancangan pembangunan tanah di Jalan Semarak,” ujarnya.

Tambahnya, sebahagian Ahli Lembaga Pengarah Felda ketika ini, adalah orang yang sama terlibat ‘menganugerahkan’ tanah di Jalan Semarak untuk dimajukan.

“Dakwaan penipuan dan pecah amanah yang dikaitkan dengan tanah di Jalan Semarak boleh dielakkan, sekiranya perdana menteri, Razali, Ahli Lembaga Pengarah Felda menghalangnya daripada awal.

“Saya pun tidak pasti, apa peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Felda, di bawah Plan Intergriti Felda-SPRM. Adakah SPRM terlepas pandang?” soalnya.


Demikianlah Artikel MACAM NAJIB TAHU BENAR TANAH DI JALAN SEMARAK ?

Sekianlah artikel MACAM NAJIB TAHU BENAR TANAH DI JALAN SEMARAK ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MACAM NAJIB TAHU BENAR TANAH DI JALAN SEMARAK ? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/macam-najib-tahu-benar-tanah-di-jalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :