[KUANTAN] PROGRAM MUSIM TENGKUJUH TARIK PELANCONG KE CHERATING

[KUANTAN] PROGRAM MUSIM TENGKUJUH TARIK PELANCONG KE CHERATING - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] PROGRAM MUSIM TENGKUJUH TARIK PELANCONG KE CHERATING, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] PROGRAM MUSIM TENGKUJUH TARIK PELANCONG KE CHERATING
link : [KUANTAN] PROGRAM MUSIM TENGKUJUH TARIK PELANCONG KE CHERATING

Baca juga


[KUANTAN] PROGRAM MUSIM TENGKUJUH TARIK PELANCONG KE CHERATING


Program musim tengkujuh tarik pelancong ke Cherating


Keadaan ombak yang cukup baik untuk aktiviti sukan luncur pada musim tengkujuh membolehkan acara itu diadakan bagi menarik kehadiran pelancong termasuk peminat sukan itu ke Pantai Cherating di sini.

Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata, itu antara sebahagian inisiatif kerajaan negeri dalam usaha mengembalikan kegemilangan pantai Cherating.

Menurutnya, untuk tahun ini, lima program diadakan termasuk program mencari bakat peluncur air muda Safari Grom Search, Night Surfing dan My Beautiful Cherating.

Katanya, usaha itu secara tidak langsung membuka peluang ekonomi kepada penduduk terutama nelayan yang tidak dapat turun ke laut atas faktor cuaca ketika ini.

“Jadi bila ada program sedemikian, masyarakat termasuk golongan nelayan dapat tempias ekonomi daripada aktiviti yang dilaksanakan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian Safari Grom Search anjuran Safari Kids Club (SKC) dengan kerjasama Rip Curl Malaysia serta Tourism Pahang di pantai peranginan itu semalam.

“Kita harap, program Safari Grom Search ini dijadikan acara tahunan dan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri 2018 kelak.

“Dengan aktiviti yang diadakan pada musim tengkujuh ini dapat mengubah pandangan masih ada aktiviti sesuai boleh diadakan di kawasan pantai di sini sekali gus industri pelancongan tidak akan terhenti,” katanya.

Bagaimanapun katanya, usaha mengembalikan kegemilangan Pantai Cherating memerlukan kerjasama penduduk terutama pengusaha resort dan chalet.

“Semua pihak perlu jaga kebersihan, keselamatan dan berbudi bahasa supaya ia beri gambaran baik kepada pelancong terhadap perkhidmatan pelancongan di sini,” katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] PROGRAM MUSIM TENGKUJUH TARIK PELANCONG KE CHERATING

Sekianlah artikel [KUANTAN] PROGRAM MUSIM TENGKUJUH TARIK PELANCONG KE CHERATING kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] PROGRAM MUSIM TENGKUJUH TARIK PELANCONG KE CHERATING dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/kuantan-program-musim-tengkujuh-tarik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :