Judul : Kemalangan Maut Melibatkan Pegawai khas Exco Perak dan isterinya
link : Kemalangan Maut Melibatkan Pegawai khas Exco Perak dan isterinya
Kemalangan Maut Melibatkan Pegawai khas Exco Perak dan isterinya
PARIT – Seorang pegawai khas kepada Exco Perak, isteri serta adiknya maut apabila kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali, Bota di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin, 35, pegawai khas kepada Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, isterinya Norhaslina Abdul Razak, 27, dan adik Ahmad Nor Al-Zaidin, Nor Azira, 24, maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga dipandu Ahmad Nor Al-Zaidin dari Kampung Gajah ke Teluk Intan bertembung dengan lori terbabit semasa tiba di lokasi nahas.
“Kemalangan menyebabkan kedua-dua kenderaan terhumban ke dalam tali air…pemandu lori dan kelindannya yang berumur 25 dan 27 tahun selamat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohamad Zainal berkata mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.
Kemalangan maut kira-kira jam 6.30 pagi tadi melibatkan Pegawai Khas Exco Perak, isteri serta adiknya apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan lori di jalan Bota Kanan- Teluk Intan berhampiran Teluk Memali, bota.
Pegawai khas Exco Perak, Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzu yang memandu kereta Proton Saga berserta isterinya
Kemalangan maut kira-kira jam 6.30 pagi tadi melibatkan Pegawai Khas Exco Perak, isteri serta adiknya apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan lori di jalan Bota Kanan- Teluk Intan berhampiran Teluk Memali, bota.
Pegawai khas Exco Perak, Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzu yang memandu kereta Proton Saga berserta isterinya
Demikianlah Artikel Kemalangan Maut Melibatkan Pegawai khas Exco Perak dan isterinya
Sekianlah artikel Kemalangan Maut Melibatkan Pegawai khas Exco Perak dan isterinya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kemalangan Maut Melibatkan Pegawai khas Exco Perak dan isterinya dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/kemalangan-maut-melibatkan-pegawai-khas.html