Isu jual tanah: Ahli lembaga Felda bingung

Isu jual tanah: Ahli lembaga Felda bingung - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu jual tanah: Ahli lembaga Felda bingung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu jual tanah: Ahli lembaga Felda bingung
link : Isu jual tanah: Ahli lembaga Felda bingung

Baca juga


Isu jual tanah: Ahli lembaga Felda bingung

felda
(Ubah saiz teks)
JOHOR BAHRU - Status pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak hanya diketahui selepas tiga bulan mesyuarat persetujuan ahli lembaga pengarah dicapai bagi membangunkan tanah tersebut.
Ketua Jawatankuasa Perundingan Peneroka (JKPP), Samsudin Othman berkata, penukaran hak milik itu tidak dimaklumkan ahli lembaga termasuk perincian pembangunan yang ingin dilakukan.

“Felda kita melantik FIC (Felda Investment Corporation) yang merupakan anak syarikat Felda, memang di peringkat awal ada perbincangan dalam ahli lembaga menyatakan hasrat untuk membangunkan tanah di Semarak dengan bangunan hotel dan sebagainya.

“Jadi itu sahaja dimaklumkan kepada lembaga, dan kita memikirkan kerana keperluan zaman sekarang elok untuk dibangunkan untuk lebih standard lagi, kita nak macam itu, itu tujuan kita.

“Pengurusan kerja lain itu FIC yang buat, dia buat perjanjian dan sebagainya, kita peringkat ahli lembaga tak tahu, setelah tiga bulan dia buat perjanjian dengan syarikat Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) ini, baru dimaklumkan kepada lembaga, jadi hanya maklum kita nak cerita apa, benda dah ditandatangani, lainlah di peringkat awal datang, bawak dalam mesyuarat, cerita, ini kita tidak tahu apa, kerana Pengerusi Felda orang yang sama Pengerusi FIC, jadi kita yakin sahaja,” katanya dalam sidang media di Pejabat Felda Wilayah Selatan, di sini, hari ini.

Samsudin berkata beliau merupakan wakil JKPP berada dalam ahli lembaga Felda yang mewakili suara 112 635 peneroka Felda di seluruh negara turut berhasrat mengadakan perjumpaan dengan pengurusan Felda bagi mendapatkan maklumat lanjut isu tersebut.

Akuinya, kontroversi yang melibatkan tanah Felda itu amat dikesali dan kecewa dengan  kelemahan urus tadbir pengurusan Felda.
“Kita bersetuju dan menyokong Felda dalam memastikan tanah bernilai ratusan juta ringgit ini yang hampir tergadai dalam projek KLVC dikembalikan hak dan kuasa kepada Felda semula dengan apa cara sekalipun kerana tanah berkenaan adalah aset yang perlu dipelihara dan dipertahankan.

“Kami berharap perkara ini diambil perhatian serius dan mendesak supaya siasatan segera perlu dilakukan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan dan hukuman yang setimpal atas perbuatan mereka,” katanya.

Meskipun Felda terpalit kontroversi, tegas Samsudin isu terbabit tidak menjejaskan sokongan peneroka ke atas pentadbiran sebaliknya mahukan isu terbabit diselesaikan segera seperti mana isu-isu lain yang pernah dihadapi lembaga itu sebelum ini.


Demikianlah Artikel Isu jual tanah: Ahli lembaga Felda bingung

Sekianlah artikel Isu jual tanah: Ahli lembaga Felda bingung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu jual tanah: Ahli lembaga Felda bingung dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/isu-jual-tanah-ahli-lembaga-felda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :