Judul : Gara-Gara Tidak Mahu Menari, Kanak-Kanak DIsimbah Air Panas
link : Gara-Gara Tidak Mahu Menari, Kanak-Kanak DIsimbah Air Panas
Gara-Gara Tidak Mahu Menari, Kanak-Kanak DIsimbah Air Panas
Ibu mangsa yang juga merupakan warga Malaysia dilaporkan melakukan perbuatan tersebut pada malam Selasa di sebuah hotel di kota itu.
Timbalan duta Malaysia mengesahkan kejadian itu selepas pergi ke Perancis dan kini mangsa dijaga oleh pihak khidmat sosial negara itu.
Dimaklumkan bahawa pihak kedutaan belum dapat bertemu dengan kanak-kanak tersebut kerana siasatan masih dijalankan.
Jelasnya, "permintaan sudah dibuat dan kami sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengannya."
"Manakala ibunya pula, pihak polis perlu melengkapkan siasatan awal sebelum kita dapat bertemu dengannya, bergantung kepada persetujuannya."
"Kami telah pun menyampaikan maklumat yang sama kepada keluarga mereka di Malaysia," kata Mohamad Razdan Jamil seperti yang dilaporkan New Straits Times.
Difahamkan, mangsa, 11 telah disimbah dengan air panas kerana dipercayai dia enggan menyertai tarian dalam sebuah majlis resepsi di hotel tersebut.
Namun laporan media tempatan mendakwa bahawa mangsa menunjukkan kecederaan kepada penyambut tetamu yang kemudian menghubungi polis.
Dalam pada itu, mangsa dilaporkan melecur di bahagian pergelangan tangan, kaki dan punggung. Sumber : Malay Mail. Editor: Atila Atasha
Demikianlah Artikel Gara-Gara Tidak Mahu Menari, Kanak-Kanak DIsimbah Air Panas
Sekianlah artikel Gara-Gara Tidak Mahu Menari, Kanak-Kanak DIsimbah Air Panas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gara-Gara Tidak Mahu Menari, Kanak-Kanak DIsimbah Air Panas dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/gara-gara-tidak-mahu-menari-kanak-kanak_18.html