BAWA MESEJ PERPADUAN UMMAH

BAWA MESEJ PERPADUAN UMMAH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BAWA MESEJ PERPADUAN UMMAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BAWA MESEJ PERPADUAN UMMAH
link : BAWA MESEJ PERPADUAN UMMAH

Baca juga


BAWA MESEJ PERPADUAN UMMAH


Bawa mesej perpaduan ummah


Lebih 500 warga tanah rancangan di sini berhimpun untuk berarak dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW sempena Sambutan Maulidur Rasul 2017/1439H.

Ketua Peneroka, Mansor Hashim berkata, meskipun setiap tahun mereka melaksanakan acara sambutan ini, namun tahun ini lebih meriah apabila kesemua 15 blok turut serta dengan berarak keliling kampung.

Menurutnya, bukan sahaja berselawat namun masyarakat turut didedahkan dengan nilai-nilai kebaikan khusus untuk meningkatkan keimanan terhadap ALLAH SWT dan Rasul-Nya.

“Perpaduan ummah akan membantu menstabilkan kedudukan umat Islam. Jadi, menerusi aktiviti seperti ini dapat meleraikan sebarang perselisihan faham antara satu sama lain, termasuk warga Felda dan pihak pentadbiran.

“Seharusnya perpecahan dalam kalangan masyarakat di beberapa negara Islam perlu dijadikan
pengajaran agar dapat memastikan keharmonian dikekalkan,” katanya.

Mansor berkata, dalam hidup bermasyarakat di Felda yang kebanyakannya peneroka berasal dari pelbagai negeri, seharusnya juga menjaga keharmonian masing-masing bagi mengurangkan impak perpecahan ummah.

“Sempena sambutan Maulidur Rasul ini, masyarakat khususnya warga Felda mesti terus berusaha membina dan membangunkan masyarakat dengan kekuatan ilmu serta iman dan juga takwa kepada ALLAH.

“Selain perpaduan sesama umat Islam, ikatan persaudaraan dengan orang bukan Islam juga harus dipelihara kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat,” katanya.

Sebanyak 17 kontinjen menyertai perarakan pada program itu, dan Blok 8 dinobatkan sebagai pemenang bagi pertandingan kain rentang dan perarakan terbaik.




Demikianlah Artikel BAWA MESEJ PERPADUAN UMMAH

Sekianlah artikel BAWA MESEJ PERPADUAN UMMAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BAWA MESEJ PERPADUAN UMMAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/bawa-mesej-perpaduan-ummah.html

Subscribe to receive free email updates: