Judul : Banjir: Narathiwat diisytihar zon bencana
link : Banjir: Narathiwat diisytihar zon bencana
Banjir: Narathiwat diisytihar zon bencana
NARATHIWAT - THAILAND. Banyak wilayah di selatan Thailand ditenggelami air manakala wilayah Narathiwat telah mengisytiharkan semua daerahnya sebagai zon bencana yang terjejas akibat banjir, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).
Banjir di selatan Narathiwat melanda kesemua 13 daerah dalam wilayah itu dengan situasi di tiga daripadanya adalah kritikal, termasuk Ra-ngae yang menyaksikan sejumlah 2,700 rumah ditenggelami air sedalam satu hingga 1.5 meter.
Banjir yang melanda Sungai Kolok pula menyaksikan paras air sedalam satu meter atau lebih.
Di wilayah Trang, banjir melanda tujuh daerah susulan hujan lebat semalaman. Air Sungai Trang telah melimpah melepasi tebingnya dan menenggelami jalan pintas di daerah Muang.
Kira-Kira satu kilometer sepanjang laluan masuk dan keluar kedua-dua lorong jalan itu telah ditenggelami air. Penduduk kampung terpaksa menggunakan tali untuk membantu mereka berjalan melalui air banjir.
Di Phatthalung, situasi agak membimbangkan. Semua 11 daerah dalam wilayah itu dilanda banjir dengan enam daripadanya terjejas teruk. Paras air melebihi satu meter menyebabkan 22 sekolah terpaksa ditutup.
Pihak berkuasa tempatan telah mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir.
Di Songkhla, paras air di Terusan U Tapao terus meningkat dengan alirannya agak deras. Ia telah merosakkan sebahagian jalan dan jambatan yang menghubungkan dua kampung di daerah Hat Yai dan daerah Klong Hoi Kong.
Beberapa pegawai telah meletakkan halangan bagi menghalang penduduk menggunakannya. Beberapa jalan sepanjang terusan itu telah terhakis akibat aliran air yang deras. - Bernama
Demikianlah Artikel Banjir: Narathiwat diisytihar zon bencana
Sekianlah artikel Banjir: Narathiwat diisytihar zon bencana kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Banjir: Narathiwat diisytihar zon bencana dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/banjir-narathiwat-diisytihar-zon-bencana.html