Amerika Syarikat Umum Sekatan Terhadap Pegawai Korea Utara

Amerika Syarikat Umum Sekatan Terhadap Pegawai Korea Utara - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amerika Syarikat Umum Sekatan Terhadap Pegawai Korea Utara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amerika Syarikat Umum Sekatan Terhadap Pegawai Korea Utara
link : Amerika Syarikat Umum Sekatan Terhadap Pegawai Korea Utara

Baca juga


Amerika Syarikat Umum Sekatan Terhadap Pegawai Korea Utara


WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sekatan terhadap dua pegawai kerajaan Korea Utara yang dikatakan menjadi dalang program peluru berpandu balistik negara itu ketika Russia mengulangi tawaran untuk menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan antara Washington dan Pyongyang.

Difahamkan, langkah baru tersebut yang dibuat dalam kempen bertujuan untuk memaksa Korea Utara supaya meninggalkan program senjata yang menyasarkan pembinaan peluru berpandu berkuasa nuklear yang boleh sampai hingga ke AS.

Perbendaharaan AS menamakan pegawai berkenaan yang dikenali sebagai
Kim Jong Sik dan Ri Pyong Chol.

Katanya, Kim dilaporkan sebagai tokoh utama dalam usaha Korea Utara menukar program peluru berpandunya daripada cecair kepada bahan api pepejal manakala Ri dilaporkan tokoh penting dalam pembinaan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM).

Kata Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin, dalam kenyataan, "perbendaharaan mensasarkan tokoh penting program peluru berpandu balistik, sebagai sebahagian usaha memaksimumkan kempen tekanan meminggirkan Korea Utara dan mencapai usaha membebaskan Semenanjung Korea daripada nuklear sepenuhnya."

Manakala langkah simbolik itu menyekat sebarang hartanah atau kepentingan kedua-duanya yang berada dalam bidang kuasa AS dan melarang sebarang urusan antara mereka dan warga negara itu.

Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengumumkan sekatan pada Jumaat lalu sebagai reaksi kepada ujian ICBM yang dilakukan 29 November lalu yang didakwa Pyongyang meletakkan semua tanah besar AS dalam jarak peluru nuklearnya. Sumber: Reuters. Editor: Atila Atasha.


Demikianlah Artikel Amerika Syarikat Umum Sekatan Terhadap Pegawai Korea Utara

Sekianlah artikel Amerika Syarikat Umum Sekatan Terhadap Pegawai Korea Utara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amerika Syarikat Umum Sekatan Terhadap Pegawai Korea Utara dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/amerika-syarikat-umum-sekatan-terhadap_27.html

Subscribe to receive free email updates: