Judul : 65 Tahun Menanggung Derita
link : 65 Tahun Menanggung Derita
65 Tahun Menanggung Derita
Hemendra Gupta Arya, dari Aligarh, Uttar Pradesh mula melakukan pemeriksaan apabila keadaan kesihatannya menjadi semakin buruk kerana menyangka dia menghidap penyakit jantung.
Kesukaran berjalan juga salah satu penyebab Hemendra terpaksa merujuk kepada pihak hospital dan pemeriksaan lanjut telah dilakukan sehingga menemui satu tumor dan yang dikenali sebagai hamartoma di antara jantung serta paru-paru kirinya.
Dr Mohammad Haneef Beg seorang Pakar bedah berkata, hamartoma ini tumbuh apabila tisu hilang ketika bayi dan akan membentuk dalam rahim yang menjadi tumor dan membesar.
Tumor ini telah meliputi keseluruhan dada kiri yang sudah menjangkaui berat 3kg kerana ia hidup sepanjang hayat pesakit.
Hemendra Gupta Arya tidak menyangka bahawa dia telah mempunyai satu tumor yang turut membesar mengikut panjang hayat hidupnya.
Pemeriksaan yang dilakukan sebelum ini gagal mengesan punca sakit yang telah dialami Hemendra Gupta Ary dan dia hanya mendapat ubat sakit jantung kerana disangka menghidap sakit sedemikian.
Bertahun-tahun mengamalkan ubat sakit jantung tetapi kesihatan yang di alaminya semakin teruk sehingga memberi kesan kepada pergerakannya.
Pembedahan untuk membuang tumor seberat 3 kg ini adalah selama 3 jam di Kolej Perubatan Jawaharlal Nehru di Universiti Muslim Aligarh.
Demikianlah Artikel 65 Tahun Menanggung Derita
Sekianlah artikel 65 Tahun Menanggung Derita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 65 Tahun Menanggung Derita dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/12/65-tahun-menanggung-derita.html