Vingada: Pemain goyah, tertekan selepas gol pertama Korea Utara

Vingada: Pemain goyah, tertekan selepas gol pertama Korea Utara - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Vingada: Pemain goyah, tertekan selepas gol pertama Korea Utara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Vingada: Pemain goyah, tertekan selepas gol pertama Korea Utara
link : Vingada: Pemain goyah, tertekan selepas gol pertama Korea Utara

Baca juga


Vingada: Pemain goyah, tertekan selepas gol pertama Korea Utara

 | November 11, 2017
Ketinggalan 1 gol di awal permainan menggoyahkan keyakinan pemain dan tertekan apabila Korea Utara semakin berani, kata jurulatih skuad kebangsaan.
Nelo-Vingada_malaysia_bola_600
BURIRAM: Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Nelo Vingada tidak menyembunyikan kekecewaannya apabila anak buahnya tewas mudah 1-4 kepada Korea Utara dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia di Stadium i-mobile, malam tadi.

Jurulatih dari Portugal itu menyalahkan gol pertama Korea Utara, satu sepakan penalti yang diberikan pengadil selepas bola terkena tangan ketua pasukan Fadhli Shas, sebagai salah satu punca kekalahan Harimau Malaya.
“Ketinggalan satu gol di awal permainan adalah tidak bagus kerana ia menggoyahkan keyakinan pemain dan ini dapat dilihat pada pemain,” beliau memberitahu satu sidang media selepas perlawanan itu di stadium itu di sini.

Menurut beliau anak buahnya berada dalam keadaan tertekan apabila Korea Utara yang semakin berani selepas mendapat gol sulungnya dan meneruskan tekanan dan kesungguhan mereka menghasilkan gol kedua.

Vingada yang kekal optimis dengan kemampuan pemainnya berkata, keadaan menjadi lebih sukar apabila Korea Utara mendapat gol ketiga 2 minit selepas rehat, membuatkan usaha skuad negara mendapatkan kembali rentak permainan menjadi sukar.

“Keadaan menjadi lebih sukar selepas gol ketiga,” katanya sambil menambah kekuatan fizikal pemain Korea Utara juga terserlah apabila mereka menguasai kebanyakan bola tinggi,” katanya.

Sementara itu, Jurulatih Korea Utara Jorn Andersen berkata keputusan malam ini membuktikan pasukan yang lebih baik menang dengan pemain beliau menguasai segenap aspek perlawanan sepanjang 90 minit itu.
“Sudah tentu adalah bagus untuk jadi yang pertama mendapat gol, tetapi kami menguasai keseluruhan permainan dan membuktikan kami adalah pasukan yang lebih baik di sepanjang perlawanan,” katanya


Demikianlah Artikel Vingada: Pemain goyah, tertekan selepas gol pertama Korea Utara

Sekianlah artikel Vingada: Pemain goyah, tertekan selepas gol pertama Korea Utara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Vingada: Pemain goyah, tertekan selepas gol pertama Korea Utara dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/vingada-pemain-goyah-tertekan-selepas.html

Subscribe to receive free email updates: