Judul : [Video Umno BN GAGAL BANTU RAKYAT~Kenapa Najib Tarik Subsidi Minyak] Berakhirnya 42 jam perkampungan Pemuda PH tuntut turun harga minyak.
link : [Video Umno BN GAGAL BANTU RAKYAT~Kenapa Najib Tarik Subsidi Minyak] Berakhirnya 42 jam perkampungan Pemuda PH tuntut turun harga minyak.
[Video Umno BN GAGAL BANTU RAKYAT~Kenapa Najib Tarik Subsidi Minyak] Berakhirnya 42 jam perkampungan Pemuda PH tuntut turun harga minyak.
Khamis, 23 November 2017Berakhirnya 42 jam perkampungan Pemuda PH tuntut turun harga minyak
Perkampungan Pemuda Pakatan Harapan (PH) selama 42 jam di hadapan bangunan Parlimen untuk menuntut penurunan harga minyak telah berakhir petang ini.
Pengarah Mobilasi Pemuda PH Shazni Munir Muhd Ithnin berkata, dengan turunnya harga petrol dan diesel bagi minggu ini, ia adalah ‘hadiah’ yang ditunggu-tunggu.
“Penurunan harga bahan api setelah mencapai kenaikan maksimum minggu lalu merupakan khabar gembira buat rakyat. Untuk seminggu ini, rakyat boleh menikmati RON95, RON97 dan diesel pada kadar lebih rendah.
“Pemuda PH menyambut penurunan ini dengan kepercayaan jitu bahawa harga minyak boleh lebih murah dan kekal stabil,” ujarnya dalam kenyataan petang ini.
Shazni (kiri) bersama Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa ketika dihalang oleh seorang pegawai DBKL yang tidak membenarkan peserta demontrasi mendirikan khemah di bahu jalan
Shazni yang juga Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional berkata, kepercayaan itu ujarnya lagi, berasaskan bahawa kerajaan masih belum mengembalikan subsidi minyak sebanyak RM1 billion.
“Ini bermakna, harga yang turun minggu ini tetap berisiko untuk melonjak naik untuk minggu mendatang.
“Kestabilan dan harga minyak yang murah adalah ramuan penting untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
“Maka kempen ‘Turunkan Harga Minyak, Turunkan Najib’ akan kami teruskan dalam usaha jangka panjang untuk mendesak kerajaan bertanggungjawab penuh.
“Selagi Najib masih menyusahkan rakyat, kempen dan perjuangan ini tetap akan hidup dan menyala,” ujarnya.
Harga petrol minggu ini turun 8sen dan Diesel 2sen pada jam 12.01 malam ini bermula 23 November hingga 29 November.
Harga RON95 kini RM2.38 turun kepada RM2.30 dan RON97 daripada RM2.66 turun kepada RM2.58 seliter dan harga diesel daripada RM2.25 kepada RM2.23 seliter.
Pemuda PH telah melakukan demontrasi penurunan harga minyak bermula pada tengah malam Isnin lalu sehingga ke petang ini selama 42jam.
Lebih daripada 50 pemuda PH bergilir-gilir dan dikalangan beberapa ahli parimen pembangkang turut melakukan demontrasi penurunan harga minyak di jalan masuk ke bangunan Parlimen.
Usaha Pemuda PH ini turut mendapat halangan dari penguatkuasaan DBKL pada hari pertama yang menghalang peserta demontrasi mendirikan khemah di atas bahu jalan.
Demikianlah Artikel [Video Umno BN GAGAL BANTU RAKYAT~Kenapa Najib Tarik Subsidi Minyak] Berakhirnya 42 jam perkampungan Pemuda PH tuntut turun harga minyak.
Sekianlah artikel [Video Umno BN GAGAL BANTU RAKYAT~Kenapa Najib Tarik Subsidi Minyak] Berakhirnya 42 jam perkampungan Pemuda PH tuntut turun harga minyak. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Umno BN GAGAL BANTU RAKYAT~Kenapa Najib Tarik Subsidi Minyak] Berakhirnya 42 jam perkampungan Pemuda PH tuntut turun harga minyak. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/video-umno-bn-gagal-bantu-rakyatkenapa.html