Judul : Video KP SPRM: 2 kali kertas siasatan dihantar pada peguam negara, kata KPN
link : Video KP SPRM: 2 kali kertas siasatan dihantar pada peguam negara, kata KPN
Video KP SPRM: 2 kali kertas siasatan dihantar pada peguam negara, kata KPN
Kertas siasatan dihantar pada 17 dan 30 Oktober dan kini pihaknya dalam proses menghantar semula laporan terbaharu kepada pihak peguam negara.
KUALA LUMPUR: Polis sudah 2 kali menghantar kertas siasatan kepada pihak Jabatan Peguam Negara berhubung siasatan ke atas video yang mengaitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad dengan seorang wanita.
Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun berkata kertas siasatan dihantar pada 17 dan 30 Oktober dan kini pihaknya dalam proses menghantar semula laporan terbaharu kepada pihak peguam negara.
“Kita dapat balik (kertas siasatan daripada Jabatan Peguam Negara) banyak tindakan-tindakan susulan yang kita perlu ambil sebelum kita hantar kertas siasatan kepada peguam negara,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja Ketua Polis Negara ke Unit Tindakan Khas (UTK) Cheras hari ini.
Ketika ditanya sama ada polis sudah merakam percakapan Dzulkifli, Fuzi berkata semua tindakan yang perlu sudah diambil.
“Kita semua sudah ambil tindakan jadi jangan bimbang,” katanya.
Fuzi mengumumkan polis membuka siasatan terhadap video itu 13 Oktober lalu.
Sebelum ini pembangkang mendesak Dzulkifli membuat penjelasan, dikenakam tindakan tatatertib atau meletak jawatan berhubung dakwaan video itu.
Menjawab skandal itu, Dzulkifli sebelum ini berkata serangan itu dibuat kerana kempen agresif SPRM terhadap individu yang terbabit rasuah dan salah guna kuasa.
“Taktik kotor ini bertujuan untuk mencemarkan imej saya dan reputasi sebagai pesuruhjaya SPRM dan menjatuhkan kredibiliti SPRM dalam menjalankan tugas kami memastikan negara kita bebas rasuah dan salah guna kuasa,” katanya
VIDEO
FMT
FMT
Demikianlah Artikel Video KP SPRM: 2 kali kertas siasatan dihantar pada peguam negara, kata KPN
Sekianlah artikel Video KP SPRM: 2 kali kertas siasatan dihantar pada peguam negara, kata KPN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Video KP SPRM: 2 kali kertas siasatan dihantar pada peguam negara, kata KPN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/video-kp-sprm-2-kali-kertas-siasatan.html