[TIOMAN] LAPANGAN TERBANG BAHARU RANCAK SEKTOR PELANCONGAN

[TIOMAN] LAPANGAN TERBANG BAHARU RANCAK SEKTOR PELANCONGAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [TIOMAN] LAPANGAN TERBANG BAHARU RANCAK SEKTOR PELANCONGAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [TIOMAN] LAPANGAN TERBANG BAHARU RANCAK SEKTOR PELANCONGAN
link : [TIOMAN] LAPANGAN TERBANG BAHARU RANCAK SEKTOR PELANCONGAN

Baca juga


[TIOMAN] LAPANGAN TERBANG BAHARU RANCAK SEKTOR PELANCONGAN


Ishak Mokhtar


Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2018 Jumaat lalu, berhubung kajian pembinaan lapangan terbang baharu di Pulau Tioman amat penting bagi merancakkan lagi sektor ekonomi dan pelancongan di kawasan berkenaan.

Pengarah Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar berkata, jika pembinaannya direalisasikan, jumlah kehadiran pelancong ke pulau yang diiktiraf antara tercantik di dunia itu, dijangka mampu terus meningkat terutama pada musim tengkujuh.

"Pulau Tioman sentiasa menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa namun masih ada kelemahan dari segi pengangkutan. Mereka hanya boleh menggunakan feri dan apabila tiba musim tengkujuh, laut bergelora menyebabkan perkhidmatannya terpaksa dihentikan.

"Jadi, kita menyambut baik cadangan kerajaan untuk mengkaji pembinaan lapangan terbang baharu ini yang dilihat mampu memberi impak positif bukan sahaja kepada ekonomi penduduk setempat, malah kepada Pahang amnya,” kata beliau ketika ditemui Bernama di sini semalam.

Beliau berkata, mengikut statistik jumlah kehadiran pelancong ke pulau itu meningkat setiap tahun dan bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, 155,939 pelancong direkodkan telah mengunjungi pulau tersebut.

Ishak berkata, pada masa ini, lapangan terbang di Pulau Tioman yang beroperasi di Kampung Tekek mengendalikan penerbangan sewa khas dan hanya boleh membawa kira-kira 12 penumpang dalam satu masa.

"Pulau ini sememangnya memerlukan lapangan terbang baharu yang lebih besar bagi membolehkan kapal terbang bersaiz lebih besar mendarat.

"Jadi cadangan untuk mengkaji semula keperluannya selepas cadangan asal pada 2009 ditolak, sangat dialu-alukan dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang lebih baik ke pulau ini," katanya.

Sebelum ini, lapangan terbang baharu itu dicadangkan dibina di Kampung Genting dengan separuh landasan di air, manakala sebahagiannya di darat untuk kapal terbang bersaiz besar seperti Boeing 737 mendarat.-




Demikianlah Artikel [TIOMAN] LAPANGAN TERBANG BAHARU RANCAK SEKTOR PELANCONGAN

Sekianlah artikel [TIOMAN] LAPANGAN TERBANG BAHARU RANCAK SEKTOR PELANCONGAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [TIOMAN] LAPANGAN TERBANG BAHARU RANCAK SEKTOR PELANCONGAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/tioman-lapangan-terbang-baharu-rancak.html

Subscribe to receive free email updates: