Judul : Tiada lagi pengumuman calon paling banyak 'A' dalam UPSR
link : Tiada lagi pengumuman calon paling banyak 'A' dalam UPSR
Tiada lagi pengumuman calon paling banyak 'A' dalam UPSR
PELAPORAN Pentaksiran Sekolah Rendah yang akan diumumkan Khamis ini, bukan berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata, sebaliknya turut membabitkan tiga komponen lain dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Berbeza berbanding tahun sebelum ini, keputusan UPSR 2017 akan mengambil kira pentaksiran bilik darjah (PBD); pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) serta pentaksiran psikometrik (PPsi).
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata, pelaporan itu tidak hanya mengambil kira banyak mana calon mendapat A dalam semua subjek, tetapi tiga komponen berkenaan turut diambil kira untuk melihat pencapaian murid secara keseluruhan.
"Setiap murid adalah unik, kita cuba untuk 'memanusiakan' murid hingga mencapai tahap penguasaan yang minimum, jadi sudah tiba masanya untuk kita supaya tidak lagi menumpukan kepada kecemerlangan murid berdasarkan keputusan akademik, tetapi pencapaian mereka secara holistik sebagai seorang insan.
"Selain akademik, perkara lebih penting adalah pembangunan karektor, kemenjadian murid dan menyediakan persekitaran pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang menyeronokkan," katanya pada sesi taklimat kepada media berhubung pengumuman keputusan UPSR 2017 di Putrajaya, hari ini.
ADVERTISING
Amin berkata, kementerian percaya pembelajaran yang menyeronokkan juga membolehkan guru mengajar tanpa tekanan, sekali gus mampu melahirkan murid lebih cemerlang.
Menurutnya, pada hari keputusan diumumkan guru akan memberi penerangan lanjut berhubung pencapaian anak mereka dalam akademik dan pentaksiran yang dilakukan sepanjang enam tahun di peringkat sekolah rendah.
"Menerusi pendekatan ini, tiada lagi perbandingan mengikut negeri dan daerah kerana Gred Purata Sekolah (GPS) dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang selama ini menjadi bebanan kepada guru dihapuskan.
"Guru akan memantau murid dalam segenap aspek berbanding menekankan kepada akademik semata-mata dan proses melahirkan murid berkualiti atau kemenjadian murid akan lebih mudah," katanya.
Ditanya mengenai peluang untuk murid memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA, Amin berkata, permohonan secara dalam talian sudah ditutup dan murid yang ingin memasuki sekolah berkenaan perlu menjalani satu lagi ujian khas.
"Menerusi pendekatan ini juga, keputusan 6A bukan syarat mutlak masuk ke SBP, sebaliknya murid yang mendapat 4A juga turut berpeluang," katanya.
Menerusi PBS, pentaksiran dilaksanakan semasa PdP dengan merujuk kepada dokumen standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) untuk melihat tahap penguasaan pembelajaran murid.
Tujuan pentaksiran dibuat untuk pembelajaran, sebagai pembelajaran dan mengenai pembelajaran menggunakan pelbagai jenis intrumen.
Sementara, melalui PAJSK murid ditaksir melalui SEGAK- Standard Kecergasan Fizikal bagi mengukur tahap kecergasan; Indeks Jisim Badan (BMI)- bagi merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan; Sukan-penyertaan sukan dan pencapaian sukan di sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.
Murid juga ditaksir dalam Kokurikulum- penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform dalam persatuan, unit beruniform di peringkat sekolah, negeri, negara dan antarabangsa, manakala ekstrakurikulum- penyertaan secara sukarela dalam dan luar negara di sekolah serta di dalam dan luar negara.
Menerusi pentaksiran PPsi dibuat untuk melihat kecenderungan murid dalam bidang yang diminati untuk murid arus perdana, dalam bidang muzikal, kinestetik, interpersonal, lingustik, logik matematik, eksistential, naturalis, intrapersonal, dan visual ruang.
Sementara, PPsi untuk murid berkeperluan khas (MBK) dibuat menerusi Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) untuk mengukur pencapaian murid melalui pendekatan pentaksiran bersepadu dalam situasi sebenar keperluan murid.

loading...
Demikianlah Artikel Tiada lagi pengumuman calon paling banyak 'A' dalam UPSR
Sekianlah artikel Tiada lagi pengumuman calon paling banyak 'A' dalam UPSR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiada lagi pengumuman calon paling banyak 'A' dalam UPSR dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/tiada-lagi-pengumuman-calon-paling.html