[TEMERLOH] TANAM 500,000 POKOK PELBAGAI SPESIES MENJELANG 2020

[TEMERLOH] TANAM 500,000 POKOK PELBAGAI SPESIES MENJELANG 2020 - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [TEMERLOH] TANAM 500,000 POKOK PELBAGAI SPESIES MENJELANG 2020, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [TEMERLOH] TANAM 500,000 POKOK PELBAGAI SPESIES MENJELANG 2020
link : [TEMERLOH] TANAM 500,000 POKOK PELBAGAI SPESIES MENJELANG 2020

Baca juga


[TEMERLOH] TANAM 500,000 POKOK PELBAGAI SPESIES MENJELANG 2020


Tanam 500,000 pokok pelbagai spesies menjelang 2020


Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET) sebuah NGO alam sekitar akan menanam 500,000 pokok pelbagai spesies di seluruh Pahang menjelang 2020 bagi kelestarian alam.

Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Muad'zam Shah Sultan Ahmad Shah berkata, sehingga kini SASET sudah menanam 80,000 pokok pelbagai spesies di seluruh Pahang dengan sasaran 97,000 pokok ditanam menjelang hujung tahun ini.

Baginda bertitah tumpuan diberikan di kawasan Hutan Simpan Kekal dan kawasan ekopelancongan seperti Taman Negara di Jerantut dan kawasan Ramsar atau tanah lembap di sekeliling Tasik Bera.

"Jenis pokok yang ditanam juga sesuai dengan kawasan sasaran. Sebagai contoh, di kawasan hutan simpan, pokok hutan pelbagai jenis seperti meranti, balau dan cengal menjadi pilihan untuk mengelakkan hutan itu mempunyai satu pokok tertentu sahaja.

"Manakala untuk kawasan rumah, kita memberikan pokok buah-buahan supaya memberikan hasil kepada penduduk, sekaligus meningkatkan minat mereka menyertai program ini," katanya selepas merasmikan Program 'Green Temerloh' Kolaborasi Satu Rumah Satu Pokok dan Rakan Taman di Taman Awam Kubang Gajah di sini.

Turut hadir, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin, Pegawai Daerah Temerloh Dato' Mohd Fadzli Mohd Kenali, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Dato' Azlan Md Yaman serta Pengurus Besar SASET Sarhan Ismail.

Mengulas mengenai program 'Green Temerloh', baginda bertitah SASET akan menanam sebanyak 3,500 pokok di dua mukim di sini, melibatkan Kampung Paya Luas, Kampung Paya Pulai, Kampung Seberang Temerloh, Kampung Tanjung Batu, Kampung Pamah Kaseh dan Kampung Padang Lalang.

"Kita bermula di Temerloh sebagai signifikan daerah ini titik tengah Semenanjung Malaysia dan berharap inisiatif ini akan disebarkan ke seluruh Pahang dalam masa terdekat," katanya.

Menurutnya, program yang dijalankan sejak tiga tahun lalu itu mensasarkan penglibatan masyarakat di seluruh daerah di negeri ini dengan kerjasama pelbagai lapisan masyarakat, jabatan dan agensi kerajaan.

Menurutnya, menerusi program itu diharap penglibatan masyarakat secara keseluruhan dapat dicapai sebaik mungkin sekaligus memberi impak yang besar kepada alam sekitar.

Katanya, rakyat keseluruhan digesa dan digalakkan mempunyai satu pokok untuk ditanam di setiap rumah, program ini juga bermatlamatkan untuk mendidik generasi muda kepentingan menjaga alam sekitar.

"Saya harap rakyat di seluruh Pahang dapat bersama SASET memelihara dan melindungi alam sekitar di Pahang malah NGO di seluruh Malaysia juga diharap boleh menyertai program itu.




Demikianlah Artikel [TEMERLOH] TANAM 500,000 POKOK PELBAGAI SPESIES MENJELANG 2020

Sekianlah artikel [TEMERLOH] TANAM 500,000 POKOK PELBAGAI SPESIES MENJELANG 2020 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [TEMERLOH] TANAM 500,000 POKOK PELBAGAI SPESIES MENJELANG 2020 dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/temerloh-tanam-500000-pokok-pelbagai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :