[TEMERLOH] KUBIS TANAH RENDAH MAKIN POPULAR

[TEMERLOH] KUBIS TANAH RENDAH MAKIN POPULAR - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [TEMERLOH] KUBIS TANAH RENDAH MAKIN POPULAR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [TEMERLOH] KUBIS TANAH RENDAH MAKIN POPULAR
link : [TEMERLOH] KUBIS TANAH RENDAH MAKIN POPULAR

Baca juga


[TEMERLOH] KUBIS TANAH RENDAH MAKIN POPULAR


Kubis tanah rendah makin popular


Tanaman sayur kubis biasanya hidup dengan subur di kawasan tanah tinggi namun dengan teknologi yang ada pada masa ini tanaman sayuran itu mampu dikomersialkan di tanah rendah dengan kualiti sama dihasilkan.

Kejayaan menghasilkan tanaman kubis tanah rendah itu sudah tentu menjadi berita baik buat petani di sini yang mempunyai kelebihan dari segi keluasan tanah berbanding tanah tinggi seperti kawasan pertanian Cameron Highlands yang semakin sempit.

Ini dibuktikan seorang bekas pensyarah Institut Pertanian Kuala Lipis, Azman Mohd Shah, 60, yang kini sedang mengusahakan 500 polibeg tanaman kubis secara fertigasi di Kampung Batu Satu di sini.

Menurutnya, projek yang baharu diusahakan itu diyakini mampu dikomersialkan oleh petani yang tinggal di kawasan tanah rendah seperti di daerah ini kerana teknologi tanaman yang ada sekarang sangat baik.

“Pada mulanya saya menggunakan benih hybrid kubis tanah tinggi, ia menjadi tetapi kualiti yang dihasilkan kurang baik, sekarang saya cuba gunakan benih hybrid kubis tanah rendah dan yakin hasilnya lebih baik.

“Sebagai permulaan sebanyak 500 polibeg ditanam, dari segi baja setakat ini saya gunakan bancuhan baja untuk pokok cili yang ditanam bersebelahan dengan kubis ini, dan ia menjadi.

“Selain kubis saya juga tanam cili besar dan pisang di atas tanah sama berkeluasan 0.4 hektar,” katanya ditemui semasa lawatan Pegawai Pertanian Temerloh Muhamad Khalil Idris di kebunnya semalam.

Azman berkata, kaedah yang digunakan sepenuhnya secara sistem fertigasi iaitu air baja dan siraman dihantar terus menggunakan paip kepada setiap polibeg yang disusun rapat pada jarak lebih kurang setengah meter setiap satu.

Beliau berkata, tanaman kubis tanah rendah yang diusahakan masih baharu dan memerlukan lebih banyak kajian untuk mendapat hasil yang lebih berkualiti.

Katanya, kubis mempunyai kitaran musim yang pendek dan boleh dituai selepas 90 hari disemai dalam polibeg dengan anggaran harga sekilogram RM2.50 ke RM3 bagi harga ladang.

Sementara itu, Muhamad Khalil berkata, potensi tanaman itu sangat baik memandangkan petani di daerah ini mempunyai kawasan tanah yang luas untuk tanaman kubis.

Katanya, setiap daerah di negeri ini sedang dalam peringkat percubaan menghasilkan tanaman kubis tanah rendah dan kejayaan telah dibuktikan petani di Bera yang berjaya menghasilkan kubis tanah rendah berkualiti tinggi.

“Yang menariknya, selepas dituai akar kubis lama dibiarkan beberapa minggu dan pada ketika itu akan tumbuh daun-daun baru yang boleh dijual sebagai sayur lain dipanggil baby kailan.

“Maksudnya, lepas kita kutip hasil kubis, akarnya kita biarkan dan akan tumbuh baby kailan pula, dua hasil sayuran dalam satu polibeg,” katanya.




Demikianlah Artikel [TEMERLOH] KUBIS TANAH RENDAH MAKIN POPULAR

Sekianlah artikel [TEMERLOH] KUBIS TANAH RENDAH MAKIN POPULAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [TEMERLOH] KUBIS TANAH RENDAH MAKIN POPULAR dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2017/11/temerloh-kubis-tanah-rendah-makin.html

Subscribe to receive free email updates: